Saturday, May 15, 2010
Tinggalkan PKR jika ada maruah prinsip
Agenda reformasi yang diperjuangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mati!
Demikian peringatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sewaktu mencabar wakil-wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu sekiranya mereka mempunyai maruah dan prinsip perjuangan.
Beliau turut mengajak wakil rakyat terbabit bergabung dengannya di atas platform Bebas untuk meneruskan agenda reformasi tulen yang diharapkan oleh rakyat dan negara.
"Marilah kita bergabung, PKR dan pakatan pembangkang adalah parti yang telah ditawan oleh firaun-firaun kecil yang hanya berminat melaksanakan agenda sempit mereka yang akan menjahanamkan negara yang kita cintai ini.
"Berhijrahlah untuk reformasi, bersama kita memartabatkan suara dan hak rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Reformasi? Rembatkasi? yang disiarkan laman blognya www.zul4kulim.blogspot.com, malam tadi.
Dalam pada itu, Zulkilfi turut menyelar pakatan pembangkang kerana mengamalkan politik 'dua alam' dalam isu dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dalam syarikat perlombongan pasir milik Kerajaan Negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).
Katanya, perkara itu menyerlahkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang galak menyerang apabila lawan membuat salah tetapi hanya menikus apabila terkena batang hidung sendiri. (Baca Lagi...)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment