Pages

Monday, May 10, 2010

1700 Orang Keluar PakatanRakyat

Kira-kira 1,700 anggota dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC, malam tadi.

 Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K. Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat sini.

Hadir sama pada majlis ialah setiausaha BN Kedah Datuk Paduka Rodzai Sufian , Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew, setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad dan pengerusi MIC Kedah S. Ananthan.Letchumanan, pengusaha bas ekspres berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang disifatkan "cakap tak serupa bikin."

  Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan iaitu Jalan Kuta Raja (Paya Besar), Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara (Sungai Kob), Taman Sungai Kob, Taman Ria,&nbs p;Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai dan cawangan Padang Buluh dan Dublin Pusat di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

{Ini kata Pakatan Rakyat bersatu padu kononya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional? huhu..mimpi ngeri la jawapnya. Mungkin ini boleh dijadikan panduan kepada mereka-mereka yang akan membuang undi di PRK P.212 Sibu Sarawak. Jangan menyokong membabi buta jer tapi tidak tahu buruk didalam parti mereka. Bukan sahaja parti mereka malah Isi Perut jugak busuk macam bangkai. Tengok la kalau nak kata PAKATAN RAKYAT TU BAGUS....tak kan la samapai 1700 org dah keluar dari parti. Apahal pulak dengan pucuk pimpinan Anwar Ibrahim tu.....wakaka...jelas dan nyata semuanya hanya omong -omong kosong jer.}

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails