Pages

Monday, May 31, 2010

Anwar Terus DI Perlekeh Kewibawaanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) membidas mainan politik murahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk DAP jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurutnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sengaja mencipta gimik politik bagi menagih undi simpati kaum Cina khususnya kalangan penyokong DAP walaupun ia sukar untuk ditunaikan.

Hakikatnya Malaysia yang hanya mempunyai penduduk kira-kira 27 juta, tidak memerlukan Timbalan Perdana Menteri II kerana negara besar seperti Amerika Syarikat (AS) pun tidak mempunyai jawatan itu.

"Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan sekarang sangat sesuai dan diterima rakyat pelbagai kaum tanpa masalah kerana memerintah secara adil dan saksama,'' katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Moh Desa Perwira' anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kampung Bangau Parit di sini hari ini. (Sumber )

(Mengapa Anwar MAhu terus memperbodohkan rakyat Malaysia yang telah selesa di bawah pemerintahan Raja Dan Beperlembagaan yang telah digunakan sekian lamanya. Tidak masuk akal langsung dengan kenyataan yang dibuat oleh Al-Juburi , berkenaan dengan Timbalan Perdana Menteri 2 untuk diwujudkan di Malaysia. Ini adalah kerana sebesar-besar Amerika ti pun pakai satu juga Timbalan Perdana Menteri. Persoalanya dimanakan kepentingan Tim.Perdana Menteri tersebut di Malaysia dan apakah kepentinganya kepada Anwar Ibrahim. 

Tidak lain la tu untuk mengekalkan undi Cina dan india la tu. Sebab tu la kenapa semakin ramai yang akan keluar daripada PKR pada masa akan datang. Kononya untuk memperjuangan hak melayu , mempertahankan Hak Melayu tetapi ini lah dia agenda sebenar ANwar Ibrahim yang hanya untuk memenangi hati kaum Cina di Malaysia didalam pilihanraya akan datang. Ini juga jelas menunjukan bahawa Anwar Ibrahim Kini berjuang demi Kaum Cina dan India di Malaysia bukan lagi untuk Melayu.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails