Alhamdulillah tepat jam 5.20 pagi kak jem dah bangun untuk bersiap sedia untuk ke tempat Penamaan Calon iaitu di Dewan Suarah Sibu.Lebih kurang jam 7.30 pagi akak telah berada diperkarangan Dewan Suarah Sibu kelihatan beberapa penyokong Barisan Nasional dan penyokong DAPig's sedang berkumpul.
tepat pada jam 8.30pg kelihatan sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) tiba sambil membawa bendera Barisan Nasional dan SAPP. Apabila kak jem medekati mereka kehadiran kak jem disambut dengan mesra dengan penuh senyuman seorang pejuang.
Belum sempat kak jem bertanya khabar , mereka telah menyapa kak jem terlebih dahulu. Punya lah mesra orang Sibu ni. Sempat jugak Kak jem Interview mereka tentang persediaan BN bagi menghadapi PRK P.212 Sibu. Rata-rata mereka menyatakan bahawa , mereka berpuashati dengan kemajuan yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional di Bandar Sibu dan juga berharap agar kemajuan dapat diteruskan di sibu dari semasa ke semasa. Ini juga menjadi harapan kepada mereka agar Ahli Parlimen yang baru dapat meneruskan beberapa lagi projek terancang demi memajukan lagi bandaraya Sibu.
Namun begitu , ADUN-ADUN juga perlulah mesra rakyat dan selalu turun ke lapangan untuk mendengar suara dan denyut nadi rakyat agar suara mereka dapat disalurkan secara terus ke dalam Parlimen. Ini kerana sikap ADUN itu sendiri yang akan menyebabkan BN tumbang pada PRU-13 akan datang. Justeru ini ADUN dan Ahli Parlimen yang baru nanti dapat menggunakan konsep mesra rakyat dan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakn itu dapat direalisasikan dengan sempurnanya.
Huhuh Sejuk hati Kak jem bila mendengarkan hujah yang diberikan oleh BN Kampung Hilir Sibu. Bersemangat jugak akak dengar.
Alhamdulillah tepat pada jam 9.30 pagi jumlah penyokong BN yang hadir telah mencecah ke Angka 3000 orang yang hadir untuk memberikan sokongan yang padu kepada calon BN iaitu Robert Lau untuk terus berjuang demi masyarakat di Sibu. Namun sebaliknya disebelah DAPig. Jumlah yang hadir tidak seramai penyokong BN. Lebih menyentuh perasaan lagi apabila dikira penyokong yang hadir tidak sampai seribu org pun. Ini Sudah cukup membawa makna bahawa rakyat Bahagian Sibu mahukan BN terus memerintah dan meneruskan pembangunan di Sibu.
TERUSKAN PEMBANGUNAN DI SIBU BN
No comments:
Post a Comment