Pages

Wednesday, January 5, 2011

KHALID DISARAN UNDUR DARI NEGERI SELANGOR


Tiga ratus penunjuk perasaan berhimpun di perkarangan bangunan Sultan Abdul Aziz Salahuddin Shah (SAAS) di Shah Alam, hari ini bagi membantah cara kerajaan negeri menangani pengendalian pelantikan setiausaha kerajaan negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Mereka juga menuntut perletakan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana membantah pelantikan itu yang disifatkan sebagai satu bentuk penderhakaan.
"Khalid adalah pengkhianat kepada Raja-raja Melayu. Beliau menipu rakyat dan memburukkan imej pentadbiran awam kerana kepentingan politik,” kata Hamidzun Khairuddin, yang mengetuai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps).

[ Ini lah dia bagaimana rakyat yang semakin menolak pemerintahan Khalid Ibrahim (PKR) yang telah melantik setiausaha kerajaan negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai satu bentuk penderhakaan. Bukan sahaja penderhakaan tetapi Khalid juga telah di lebelkan sebagai PENIPU RAKYAT , PENDERHAKA dan sebagainya. Persoalanya dimanakan kepercayaan rakyat Selangor terhadap pucuk pimpinan Negeri tersebut. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai , pergolakan dalaman PKR negeri Selangor itu juga berpunca daripada sifat kepimpinan yang tidak adil oleh Khalid Ibrahim. Ini diakui oleh salah seorang ahli PKR yang hadir untuk memberikan sokongan kepada GAPS]

Hurrmmm....ENTAH LA........

Tuesday, December 21, 2010

PERJUANGAN NIK AZIZ PEGANG TAMPUK KUASA

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menegaskan bahawa perjuangan PAS kini lebih mementingkan kepada usaha mendapatkan kuasa bagi membolehkan mereka berkuasa pada masa depan.
Beliau berkata, hanya melalui kuasa saja yang membolehkan PAS menjadi pemerintah, sekali gus membuka jalan untuk melaksanakan pelbagai agenda termasuk dasar syariat Islam.
“PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa kerana dengan kuasa itu saja keadilan dapat ditegakkan sebagaimana dilakukan di Kelantan, dapat melaksanakan dasar selari dengan syariat Islam. 

“UMNO tidak pernah melakukan ini walaupun sudah lama berada di tampuk kuasa, namun tanpa Islam sebagai asas perjuangan, parti itu (UMNO) hanya mampu bertempik (melaung) di atas nama bangsa Melayu saja dan ini sudah tentu tidak akan memberi kepuasan kepada bangsa lain,” katanya dalam Facebooknya, semalam. 

Nik Aziz yang juga Menteri Besar berkata, beliau optimis, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah sampai ke penghujung hayat dalam memimpin negara, umpama pohon yang reput akarnya walaupun pada zahirnya daun masih merimbun. 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati untuk ‘berteduh’ di bawah UMNO kerana akan ditimpa bahaya pada masa depan kerana pertubuhan itu hanya menunggu masa untuk rebah. 
“Saya nyatakan demikian kerana Ketuanan Melayu yang dibawa UMNO kini semakin tidak laku untuk dipasarkan kepada rakyat yang kini sudah semakin cerdik. 
Melayu yang dibela UMNO kini hanya omong-omong kosong semata-mata. 

“Saya sudah nyatakan, bahawa kononnya Melayu akan menghadapi bahaya jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum nanti hanyalah cerita dongeng UMNO saja,” katanya. 

[ Tampuk Kepimpinan ape yang nak Dipegang.........Perjuangan ape lagi yang nak di juangkan......JIKA tidak dengan sebab untuk melaksanakan HUKUM HUDUD PAS yang PENIPU tu......sudah la PAK NIK AJIS.....Tak perlu untuk meneruskan perjuanganmu Itu....Perjuangan yang hanya untuk membinasakan Orang MELAYU + ISLAM.......Bagi tahu dengan pengikut-pengikut yang fanatik tu.....Jangan beli lagi ORANG MELAYU dengan janji-janji MANIS...sedangkan semua janji itu hanya satu khayalan dan ILUSI semata....]

330 pelajar cemerlang dapat bantuan, geran 1MDB

PUTRAJAYA: Seramai 330 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009, sebahagiannya dari keluarga miskin, berpendapatan sederhana dan tinggal di luar bandar, menerima bantuan kewangan dan geran akademik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM16 juta semalam. 

Daripada jumlah itu, 30 adalah lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 yang mendapat keputusan 5A1 yang menerima Geran Akademik 1MDB antara RM15,000 hingga RM20,000 setahun sepanjang tempoh pengajian di pusat pengajian serta mengikut kursus yang diambil.
Sebanyak 300 lepasan SPM 2009 pula menerima bantuan Kewangan 1MDB berjumlah antara RM7,500 hingga RM15,000 setahun sepanjang tempoh pengajian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyampaikan surat tawaran bantuan berkenaan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), di sini, semalam. 

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Pemilihan pelajar lulusan SPM itu dibuat menggunakan kaedah komprehensif merangkumi penilaian ke atas pendapatan isi rumah serta memastikan mereka terdiri daripada pelajar pelbagai kaum di seluruh negara. 

Terdahulu, dalam ucapannya, Najib berkata, selain meritokrasi, kerajaan juga menggunakan pendekatan keadilan sosial dalam memberikan pengiktirafan dan bantuan kepada mereka yang cemerlang dalam pelajaran khususnya daripada keluarga miskin, pendapatan sederhana dan tinggal di luar bandar. 
“Saya difahamkan kumpulan ini (penerima lepasan SPM) mendapat 10A dan mereka juga terdiri dari keluarga yang miskin atau sederhana pendapatan mereka...inilah prinsip keadilan sosial iaitu kalau mereka ini pencapaiannya rendah sedikit daripada pelajar yang sangat cemerlang bukan bererti mereka kebolehannya kurang,” katanya. 

Perdana Menteri berkata, sistem pendidikan di Malaysia membolehkan anak sesiapa juga boleh berjaya jika rajin belajar dan kerajaan memberi peluang seadil mungkin merentasi kumpulan etnik. 

Guan Eng perlu cermin diri

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) bukan rakyat Malaysia sebenar dan melabelkan akhbar Utusan Malaysia sebagai ekstremis.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga sepatutnya bertanya pada dirinya sejauh mana beliau telah membuktikan komitmennya sebagai seorang warga Malaysia yang tulen dalam membela nasib rakyat Pulau Mutiara itu, khususnya orang Melayu.

"Cermin diri dulu sebelum tuduh Utusan Malaysia dan BN. Sejauh mana dia amalkan dasar-dasar yang terkandung dalam Perlembagaan dalam membela rakyat Pulau Pinang.

"Sejauh mana juga dia menunjukkan yang dia seorang rakyat dan warganegara bertanggungjawab," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tuduhan Setiausaha Agung DAP itu yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar kerana akhbar itu dituduh menggunakan fahaman ekstremis.
Guan Eng turut melabelkan BN sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar kerana mereka hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.

Selain itu, kata beliau, mereka yang mengamalkan diskriminasi kaum, menganiayai orang lain serta merendahkan martabat orang lain juga boleh dianggap rakyat 'Malaysia celup'.Sementara itu, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sangat kurang ajar dan dan tidak berasas serta tidak sewajarnya diucapkan oleh seorang Ketua Menteri.

"Sebagai pemimpin kepada sebuah parti pelbagai kaum, dia tidak boleh bercakap sedemikian. Yang perkauman adalah DAP kerana dikuasai oleh hanya kaum tertentu, semua orang tahu. Jangan berselindung di sebalik 'daun sehelai.'
"Jangan kurang ajar, orang Melayu ada tahap kesabaran. Tidak cukup lagi ke dia tutup gerai-gerai orang Melayu di Pulau Pinang?

"Jangan lupa negara ini asalnya Persekutuan Tanah Melayu dan sejahat-jahat penjajah British dia tidak pula hapuskan perkara tersebut. Kenapa dia dan DAP boleh bercakap soal kaum Cina, Melayu tak boleh," katanya.

Zaid akan saman Karpal atas dakwaan memfitnah

Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim akan menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh atas dakwaan memfitnah.

Beliau berkata, ia ekoran beberapa tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Karpal terhadapnya ketika menyampaikan ucapan pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang, semalam.

Sambil menyifatkan Pengerusi DAP itu sebagai "ular" beliau berkata, Karpal sememangnya layak menerima gelaran itu, bukannya wira atau singa.

"Karpal menggelarkan saya sebagai 'celaka' selain menuduh saya membentuk satu kumpulan gengster UMNO untuk membakar bangunan Majlis Peguam pada 1988 semasa kes Tun Salleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara).

"Karpal merupakan seorang penipu dan 'celaka'. Saya akan failkan saman terhadap Pengerusi DAP tidak lama lagi memandangkan peguam saya sedang bercuti ketika ini,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Karpal ketika berucap pada konvensyen itu berkata, beliau sebelum ini telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menerima Zaid menyertai PKR kerana latar belakangnya sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak boleh dipercayai.

Karpal berkata, beliau cukup mengenali Zaid selepas berada dalam profesion undang-undang selama 40 tahun.
Pemimpin veteran DAP itu juga mendakwa semasa krisis kehakiman pada lewat 1980-an, Zaid merupakan 'budak suruhan' bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selain bertindak menaja sekumpulan gengster supaya membakar bangunan Majlis Peguam di sini berhubung kes Salleh.

Zaid berkata, Karpal harus sedar bahawa beliau bukannya seorang yang kebal dan tidak boleh dikalahkan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, mustahil partinya akan menjadi rakan pakatan pembangkang berikutan beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin utama pakatan itu, termasuk Anwar.
Zaid dalam perkembangan sama turut mengkritik Karpal ekoran tindakan Pengerusi DAP itu menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap Anwar atas tuduhan liwat ketika di Parlimen pada 1997.

"Ular ini pada ketika itu mendakwa yang beliau telah berjumpa dengan 'mangsa'. Ular ini kemudian berjaya meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bersalah. Namun sekarang pandangannya sudah berbeza iaitu sejak menjadi peguam bela kepada Anwar.

"Sebenarnya Karpal tahu segala-galanya tentang Anwar dan situasi ini yang telah membuatkan Anwar sukar membebaskan dirinya daripada cengkaman DAP.

"Malang buat Anwar kerana beliau kini dibelenggu cengkaman (Timbalan Presiden PKR), Azmin (Ali), Karpal dan hanya Tuhan sahaja yang tahu selain mereka,'' katanya.

Sementara itu, beliau sedia menerima saman Karpal kerana menggelarnya sebagai ular.
"Kita tengok sahaja jika beliau nak saman saya kerana saya menggelarnya ular tetapi saya juga akan menyamannya kerana fitnah yang dilemparkan terhadap saya,'' ujarnya.

Pemimpin parti PAS perlu menjawab persoalan ini secara jujur ...

1) Di mana terdapatnya dalam perlembagaan PAS menyatakan PAS akan menegakkan Negara Islam.

2) Pemimpin dan penyokong PAS perlu membuat pendirian terhadap Mustafa Ali, Nizar Jamaluddin dan Husam Musa. Pemimpin PAS ini jelas menolak Negara Islam dan Hukum Hudud.

3) Apakah ketiga tiga pemimpin PAS ini sudah jatuh kafir kerana menolak Negara Islam dan Hukum Hudud.

4) Mengapa Haji Hadi masih mahu mengekalkan konsep Federalisme sedangkan sebelum ini beliau mengatakan itu adalah sekular.

5) PAS masih lagi membisu dengan fatwa Dewan Ulama yang dikeluarkan pada Ogos 1963 ... ”Orang orang Islam yang berkongsi dengan orang orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram … “ dan “Sesiapa yang mengundi di atas parti parti yang berkongsi itu menjadi haram, jika redha menjadi kafir, tetapi jika tidah redha menjadi haram sahaja …”

Bukankah setiap ahli dan pemimpin PAS sudah menjadi kafir dari tahun 1974 hingga ke 1978 kerana menyertai BN? Apakah ahli dan pemimpin PAS tidak sedar khilaf yang telah dilakukan sejak 36 tahun yang lalu !

PAS sebenarnya tidak lagi perlu merosakkan pemikiran rakyat khususnya umat Islam dengan permainan politik berbolak balik, sekejap boleh sekejap tidak, sekejap mahu kemudian tidak. Sekejap kafir, sekejap harus ... ini permainan politik orang munafiq!

LAGI KELUAR PKR !!! kah..kahh..kahhhhhh

Sewaktu Pakatan kapiaq harbi sibuk dengan pakatan haram berkonvensyen 2 lagi cawangan baru UMNO ditubuhkan gara-gara 50 ahli pakatan Haram meninggalkan perjuangan mereka.

Difahamkan 100 orang turut menhantar borang permohonan menyertai UMNO temasuk 50 daripadanya bekas penyokong kuat PKR sebelum ini.

Menurut ketua penajanya Azsmi Dolah PKR tidak menunai janji dan hanya pandai berkata-kata.

Kami memilih UMNO kerana berbalik pada Parti keramat yang sudah berpuluh-puluh tahun ibu bapa kami dan orang terdahulu hidup aman dengan parti keramat orang Melayu.SInar[Subang Jaya]

Kah..kah..kahhh…

Bukan setakat rakyat kampong tapi kini rakyat Bandar juga sudah mulai sedar putaq belit pakatan haram jadah ini..

Cuma pihak UMNO saja yang masih tidak mau berubah kearah memperkasakan Parti keramat yang banyak berjasa pada bangsa Melayu.

Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang akan terus meninggalkan Pakatan Haram jadah ini menjelang PRU13 nanti.


Insyaallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails