Pages

Thursday, May 13, 2010

Pengundi Adalah Raja


Barisan Nasional (BN) menggangap setiap pengundi adalah ‘raja’ dan berharap setiap seorang daripada mereka tanpa mengira kaum akan membantu dan menyokong BN dalam pilihan raya.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu, BN perlu mengetahui bagaimana untuk menguruskan golongan itu dengan baik agar tidak hanya mendapat sokongan daripada satu-satu kaum sahaja.

“Harapan kita di semua kawasan, sama ada Cina, Melayu, Iban dan lain-lain akan membantu, dan kita telah sebutkan dalam pilihan raya kecil atau umum yang pengundi adalah raja,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai sokongan BN di kalangan pengundi bumiputera di Sibu pada sidang akhbar selepas selesai proses penamaan calon untuk PRK Sibu di Dewan Suarah Sibu di sini, hari ini.

Katanya, jika dahulu hanya bumiputera yang banyak menyokong calon BN di kawasan ini, adalah diharapkan perkara itu akan berubah dengan semua kaum menyokong dalam pilihan raya kali ini.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang akan diadakan 16 Mei ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Robert Lau Hui Yew, calon DAP, Wong Ho Leng dan calon bebas, Narawi Haron.

Muhyiddin berkata, BN mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil itu kali ini asalkan jenteranya bekerja keras dan tidak mengambil mudah dalam berkempen mendekati rakyat .

[ Ini sudah cukup membawa maksud bahawa Kerajaan Barisan Nasional ikhlas untuk meneruskan pembangunan dan kemajuan di Sibu dan seluruh Sarawak. Maka seharusnya sebagai orang tempatan di Sibu , melihat dengan mengkaji semula apakah layak untuk DAP duduk dikerusi Sibu.Apakah sanggup orang-orang sibu diperinth oleh orang luar. memerintah negeri Sarawak.Fikir-fikirkan. Masa depan anak-anak kita ditangan kita. Kita yang mencorak dan menentukan masa depan mereka. ]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails