Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan masyarakat di Sibu supaya terus menyokong politik pembangunan yang diperjuangankan oleh kepimpinan Barisan Nasional dibawah kepimpin beliau bersama Perdana Menteri.
“Jika suasana politik di negeri ini stabil, maka ekonomi akan bertambah baik dan secara langsung pelaburan luar negara akan meningkat,” kata beliau.
Sebaliknya, tidak ada pelabur yang berani datang jika kita mengamalkan bentuk politik yang membawa keganasan dan kekacauan, kata Taib.
Beliau juga menyeru rakyat supaya berusaha untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka bersesuaian dengan peredaran semasa.
Berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh. Dick ak Ijau,Batu-8,Jln Oya,dekat sini, Taib berkata dalam fasa kedua gelombang pembangunan menerusi projek Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharu Sarawak (SCORE) akan berlaku banyak peluang pekerjaan kolar biru untuk rakyat dan masyarakat disini.
Oleh yang demikian, rakyat di Sibu harus melihat dan mempunyai itizam untuk mendidik anak-anak mereka dari peringkat sekolah rendah supaya setelah dewasa nanti, mereka memiliki ilmu pengetahuan secukupnya dan boleh berkhidmat dengan industri-industri di SCORE satu hari nanti.
Ketua Menteri berkata, masa depan masyarakat generasi baru dalam tempoh antara 10-20 tahun daripada sekarang amat bergantung kepada ilmu pengetahuan yang bermutu tinggi khususnya dalam bidang kemahiran .
Dalam pada itu, kata Taib , Perdana Menteri telah mengumumkan untuk menaik tahap Kolej Laila Taib (KLT) ke tahap universiti penuh yang mana akan menjadi instituisi yang menawarkan pendidikan berasaskan kemahiran bagi menyediakan keperluan tenaga kerja dalam SCORE nanti.
Sehubungan itu, Ibu bapa hendaklah mengalakkan anak mereka untuk meneruskan pendidikan mereka di KTL atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang sesuai supaya mereka nanti berpeluang untuk bekerja di industri-industri dalam SCORE, ujar beliau.
Di majlis tersebut Taib mengumumkan geran bantuan bagi memperbaiki rumah sebanyak RM600 sepintu kepada semua keluarga yang tinggal di kawasan tersebut.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah ADUN Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Ketua Setiausa Politik kepada Ketua Menteri, ADUN Jemoreng, Abu Seman Jahwie dan ADUN Nangka, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah. Sumber (Update sarawak)
No comments:
Post a Comment