Pages

Wednesday, May 12, 2010

Kaji sejarah sebelum tuduh kerajaan kuku besi


Parti pembangkang perlu mengkaji semula sejarah tanah air sebelum menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah kuku besi.

Saranan itu dikemukakan oleh ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan pembangkang sengaja melemparkan tohmahan itu untuk meraih simpati rakyat.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, sejak pilihan raya bandaran pada 1951, rakyat negara ini mula diberikan kebebasan untuk memilih pemerintah daripada parti-parti yang bertanding.

''Banyak calon bertanding pada setiap pilihan raya umum tetapi rakyat negara ini terus memberikan mandat kepada BN untuk memerintah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menolak dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Malaysia sebuah negara kuku besi kerana pembangkang tidak mampu membentuk sebuah kerajaan.

Ramlah berkata, peluang terbuka luas untuk mana-mana parti bertanding dalam pilihan raya dan ia jelas membuktikan kerajaan BN tidak pernah melanggar prinsip demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
''Kerajaan juga tidak pernah mewujudkan undang-undang untuk menyekat penubuhan mana-mana parti pembangkang,'' katanya....(BACA LAGI)

[Siapa yang lebih kuku besi....BN ke Pakatan Rakyat? Kak jem nak tanya satu jer la , kenapa KeAdilan ditubuhkan. Untuk membela nasib Anwar la sebabnya. Kononya Anwar Ibrahim di fitnah ...Anwar Ibrahim tidak layak untuk menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri. Ini kisah nya....Kak Jem ada jugak beberapa sumber yang memberitahu pada kak jem siapa Anwar Ibrahim , dan apa tujuan Anwar Ibrahim fight kaw..kaw untuk menduduki kerusi Timbalan Perdana Mentri ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir lagi. Agenda Anwar sememangnya telah dihipu oleh Tun Mahathir untuk menjatuhkan Malaysia. Ini adalah kerana mengapa sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan , sewaktu negara mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk , Anwar Ibrahim menyatakan kepada Tun Mahathir , agar Malaysia turut meminjam daripada IMF. Jelas dan nyata , maka fakta tersebar seluruh diduni.Lihat Negara yang meminjam dengan IMF, sehingga kini seolah-olah Negara mreka telah tergadai. Lihat Indonesia apa sudah jadi. Ini kita sebagai rakyat Malaysia kena lihat dan kaji semula. Sekiranya kerajaan Barisan Nasional dah lama Negara ni tergadai dok dengar suggestion dari Anwar. Ha sekrang ni depa pukul canang pulak isu dalaman UMNO di Sibu..entah la....]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails