Pages

Monday, May 31, 2010

ANWAR DAH SEMAKIN GILER

Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata mengetepikan Pas sebagai rakan pakatan pembangkang apabila mahu mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II dalam kalangan pemimpin DAP tanpa membincangkannya terlebih dulu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak mengetahui langsung tentang jawatan yang disebut dalam kenyataan Anwar itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas bernilai RM30 juta di Paya Indah dekat sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.Abdul Hadi diminta mengulas wawancara Anwar dengan akhbar Nanyang Siang Pau pada 26 Mei yang dilaporkan berkata, pakatan pembangkang tidak mempunyai perasaan curiga jika ada di kalangan orang Cina layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas isu yang sama, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, majlis tertinggi pakatan pembangkang juga tidak pernah membuat keputusan bahawa Anwar akan dipilih sebagai calon Perdana Menteri.

"Ia bergantung kepada keputusan pilihan raya umum nanti, kita tidak bincang secara spesifik (Anwar jadi Perdana Menteri), kita belum bincang," katanya.

Beliau menjelaskan, sebarang penambahan jawatan Timbalan Perdana Menteri perlu dibincangkan dalam majlis tertinggi pakatan pembangkang membabitkan Pas, PKR dan DAP.Katanya, langkah sama juga akan dilakukan jika melibatkan sebarang keputusan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

(Jelas menunjukan bahawa , Anwar Ibrahim dah gila nak jadi Perdana Menteri. Benda yang tidak mungkin akan berlaku selagi rakyat Malaysia memberikan sokongan yang padu kepada kerajaan yang memerintah. Kini PAS pula akan hilang kepercayaan tehadap pimpinan Anwar Ibrahim. Ini adalah kerana Anwar telah membuat satu keputusan tanpa da persetujuan daripada Pihak Sekutunya iaitu PAS. Ini juga jelas dan nyata bahawa , Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India , setelah menjual nama Melayu kesana-kemari, setelah habis harta Melayu dia miliki, kini Anwar akan terus memperjuangankan hak Melayu Untuk Cina di Malaysia.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails