Pages

Saturday, May 15, 2010

Rintihan Si Tua di Rumah Panjang...

Dad Dekat 3 minggu KAK JEM berada di Sibu, Sarawak ni. huhu Penat jugak naik dan turun rumah panjang di sekitar Sibu. wah Alhamdulillah keyakinan mereka terhadap Barisan Nasional masih lagi tinggi dan Masih berharap kepada kerajaan Malaysia (BN) untuk meneruskan pelbagai lagi projek-projek pembangunan di SARAWAK.

Ini terbukti apabila salah seorang Tuai Rumah Panjang RH Marican menyatakan bahawa mereka masih lagi akan mempercayai kepada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan lagi pembangunan di Sarawak khusunya di Sibu. Ini adalah kerana walau tidak banyak yang dilakukan , tetapi Tuai Rumah Marican percaya bahawa generasi akan datang pasti akan merasai kemajuan di rumah panjang. Ini telah terbukti sekarang. kalau dahulunya rumah panjang tidak ada bekalan infrastruktur yang mencukupi kini telah ada. contohnya seperti elektrik , dan bekalan air yang bersih. Tidak perlu mandi sungai rajang lagi.



Namun apa yang menjadi rintihan dan menjadi kesedihan kepada Tuai Rumah Marisan tersebut adalah , kehadiran orang luar di Sibu yang akan hanya mengundang kepada perpecahan dan perpaduan antara kaun di Sibu. Untuk pengatahuan sidang pembaca sekalian ,walaupun majoritinya di Sibu adalah golongan Cina Foo Chou, tetapi hubungan mereka tetap baik. Tidak ada sebarang pergaduhan kaum setelah lama mereka berada di Sarawak.

Kehadiran jentera Pembangkang dari Luar kawasan Sarawak adalah membawa keburukan, ini jelas terbukti apabila Tuai Rumah Marican sendiri menghadiri majlis ceramah Anwar Ibrahim di bandar Sibu. Bagi pendirianya sendiri, mengapa orang luar yang tidak tahu apa-apa pasal orang-orang di Sibu menyatakan keburukan dan pandai-pandai memperbodohkan orang-orang Sibu seolah-olah mereka tidak mengerti yang mana baik dan yang mana buruk. Lebih SUDU PADA KUAH NAMPAK.....

huhu FIKIR-FIKIRKAN LAH.........

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails