Sunday, April 25, 2010
tempelak Nik Aziz Sultan Selangor
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi hari ini menempelak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penyalahgunaan masjid untuk tujuan politik.
Beliau berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak wajar kerana negeri ini mempunyai enakmen yang melarang penggunaan institusi Islam untuk tujuan politik bagi mengelak disalah guna sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.
Jelasnya, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz sepatutnya lebih arif dalam soal berkenaan terutamanya dari segi bidang kuasa perundangan Islam yang diletakkan di bawah pentadbiran mengikut negeri masing-masing...(seterusnya)
[ Ini satu isu yang seharus dimaki. Masjid adalah tempat untuk beribadah bukan tempat untuk tidur atau bersalin pakaian.Ini yang berlaku di Masjid Kuala Kubu Baru. Mentang-mentang la Negeri Selangor di perintah oleh Pembangkang Pakatan Rakyat, Masjid juga boleh dibuat sesuka hati. Mula-mula berniaga di hadapan Masjid, lepas tu buat hal depan masjid dan tidur dibawah tangga masjid dan seterusnya mandi dan Masjid dijadikan tempat bersalin pakaian. Ini lah dia SIAPA PEMBANGKANG....]
RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment