Pages

Wednesday, April 21, 2010

PKR SEMAKIN KURANG DIPERCAYAI

Keyakinan rakyat kepada PKR semakin luntur apabila hari ini 2 lagi pemimpin wanita PKR meletakan jawatan untuk menyertai UMNO.Kedua-dua mereka ialah Ketua Penerangan Wanita Perak, Suraya Sulaiman dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Wanita Perak, Roshanita Mohd. Basir.

Keputusan itu, kata mereka berpunca daripada kebimbangan hilangnya suara politik Melayu dalam pakatan pembangkang yang semakin dikuasai DAP selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mirip seorang diktator.Suraya yang menyertai PKR sejak 1998 berkata, selepas parti itu membentuk kerajaan negeri pakatan pembangkang Perak pada Mac 2008, parti mula kucar-kacir dan masalah itu berlarutan sehingga sekarang.


Bergegar Hulu Selangor apabila mendapat berita perletakan jawatan ketua Penerangan Wanita PKR Perak. Ini secara tidak langsung menjatuhkan kredibeliti Zaid Ibrahim untuk memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor.


Soraya yang menyatakan bahawa telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR itu menjadi punca mengapa mereka meletakan jawatan mereka sebagai Wanita PKR Perak untuk terus menyertai perjuangan UMNO yang selama ini dianggap Zionis dan Yahudi Oleh PKR. Rupanya sangkaan mereka itu dengan nyata dan jelas bahawa beliau merasa amat tertipu dengan Anwar yang hanya nampak baik pada permulaan namun berubah sedikit demi sedikit sehingga beliau tawar hati untuk bersama PKR.


Tambahan pula katanya, PKR tidak ikhlas membela nasib wanita sebagaimana Barisan Nasional (BN) yang merangka program pembelaan secara jelas.


[ Ini lah dia , siapa PKR yang sebenarnya. LAUNGAN LAWAN TETAP LAWAN bakal hilang tidak lama lagi. Semakin ramai pulak yang melompat Parti. Jangan mudah menuduh UMNO tidak betul dan telah memberikan SOGOKAN kepada mereka. Kenyataan yang dibuat oleh mereka sewaktu mengumumkanuntuk keluar dari PKR dibuat secara pengumuman dan LIVE. Cuba anda semua fikir dimana fakta yang menyatakan bahawa UMNO memberikan sogokan kepada mereka agar mereka keluar dari PKR? Tidak ada.....]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails