Pages

Tuesday, April 13, 2010

CALON BN ANAK TEMPATAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ialah anak tempatan dari kawasan itu.
Katanya, kriteria calon berkenaan menepati apa yang dikehendaki rakyat termasuk bebas daripada sebarang skandal peribadi dan berkelulusan tinggi.

"Kita sedang mendengar dan mengumpul pandangan daripada semua pihak. Sudah ada input tentang apa yang dikehendaki pengundi di sini dan kita akan ambil kira apa yang rakyat mahukan.

"Macam kita ambil kira pandangan di Pilihan Raya Kecil Dewan UNdangan Negeri Bagan Pinang dulu. Semua pihak sudah menyatakan pandangan mereka dengan lantang dan kita ambil yang terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan geran permulaan prasekolah swasta di Tadika Wawasan Gemilang di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, calon yang akan dipilih nanti adalah seorang yang diyakini akan dapat bekerjasama dengan pemimpin bawahan dan bersifat amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

[Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan.....ini lah dia apa yang dikatakan di dalam Gagasan 1 Malaysia Ds Najib. Kita tidak perlu gusar siapa pun calon yang ground mahukan. Usah dipolitikan calon yang rakyat mahukan. Dengar setiap nadi rakyat yang berdenyut itu adalah kemenangan bagi BN....tetapi persoalanya siapakah calon yang akan diumumkan oleh Ds.Najib nanti...tiada siapa yang tahu...tunggu dan lihat]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails