Pages

Tuesday, April 13, 2010

BN terus berjanji, guna taktik lapuk di Hulu Selangor

Umno-Barisan Nasional (BN) masih menggunakan taktik lapuk sebagai retoriknya dalam menambat hati pengundi menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, berkata fenomena itu jelas terbukti apabila sudah ada janji dicurahkan oleh kerajaan BN meskipun kempen pilihan raya belum bermula.
“Mereka (Umno-BN) boleh nafikan bahawa itu bukan janji ataupun kempen, tapi persoalannya kenapa tiba-tiba wujud agenda itu saat menjelang pilihan raya?
“Saya percaya semua rakyat sudah lali dengan taktik-taktik demikian, yang sudah menjadi amalan tradisi di dalam Umno-BN," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan awal Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Hulu, baru-baru yang berjanji akan membina empat buah sekolah baru di kawasan parlimen berkenaan.
Selain itu, Muhyuddin turut berjanji akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa.
Sementara itu, mengulas hasrat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang akan menggunakan pendekatan PRK Manek Urai bagi membantu BN di Hulu Selangor, Zaki berkata Umno-BN tidak mudah bebas dari tradisi silamnya, iaitu janji....(HARAMKAH DAILY)



[Ini lah dia permainan yang biasa dan terlalu biasa dimainkan oleh Haramkah daily dengan memprovokasi Jentera Barisan Nasional (BN) dengan menyatakan bahawa BN menabur janji palsu kepada rakyat untuk memenangi kerusi P.94 Hulu Selangor. Alhamdulillah DS Najid telah mendengar denyut nadi rakyat Hulu Selangor dengan melakukan pelbagai kajian sikap terhadap rakyat Hulu Selangor.Tetapi kepada mereka yang sengaja kerjanya mencari silap dan salah orang lain , tak ubah seperti YAHUDI yang senantiasa mencari kelemahan perjalanan orang-orang yang benar....]

HUHHUHUH...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails