Pages

Sunday, April 25, 2010


"Taubat la demo Zaid Ibrahim"  ini lah dia kata-kata Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat didalam ucapanya ketika bertemu pengundi-pengundi di Parlimen hulu Selangor malam tadi. Didalam ucapanya juga Nik Aziz turut menyatakan bahawa , memang benar Zaid Ibrahim memiliki berberapa ekor kuda belaannya yang bertujuan menyertai perlumbaan kuda. Ini juga diklasifikasikan sebagai salah satu cabang perjudian.

Justeru itu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Negeri Kelantan memohon agar Zaid Ibrahim bertaubat, sebenar-benarnya taubat jika mahu kekal sebagai salah seorang pejuang pakatan rakyat. Ini juga ditegaskan didalam ucaptamanya.


Dalam ucaptamanya juga Nik Aziz tidak ubah seperti .....Sudah ludah,Jilat kembali ludahan.....ini kerana Nik Aziz adalah salah seorang yang menolak Zaid Ibrahim ketika Zaid Ibrahim masih berada di Kelantan. Nik Aziz pernak menghalau Zaid ibrahim keluar dari Negeri kelantan oleh kerana perangainya yang gemar minum minuman keras.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails