Pages

Sunday, April 25, 2010

PEMBANGKANG TERUS CENDERUNG KEPADA ANARKI


Pemimpin pembangkang akan terus mempermainkan undang-undang negara kerana mereka cenderung bertindak secara anarki iaitu menimbulkan kacau-bilau termasuk menggunakan masjid dan surau sebagai tempat untuk berkempen.
Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling mendakwa, pihak pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup mencetuskan huru-hara sekiranya tindakan mereka dipertikaikan daripada segi perundangan.

Menurutnya, keadaan itu dapat dibuktikan dengan berlakunya kekecohan pada setiap pilihan raya sebelum ini.
"Sehubungan itu tindakan pembangkang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara perlu diberi perhatian serius.,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemimpin pembangkang yang mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid dan surau untuk kempen politik.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mempertikaikan titah Sultan Selangor itu dengan menyifatkan larangan tersebut sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula berkata, beliau berpendapat Nik Abdul Aziz perlu menghormati dan akur dengan titah Sultan Selangor. (Seterusnya)

[ Memang itu lah kerja pembangkang.....tidak salah la kalau kita gelarkan mereka sebagai agen YAHUDI sama la dngan Nik Aziz tu..harap kopiah je la yang tak tinggal dari kepala tapi Otak mengalahkan YAHUDI....Sampai titah sultan Selangor pun dia nak langgar. Apa dah buta ke pasal Undang-undang persekutuan. Dah gila semua pemimpin pembangkang ni.]



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails