Pages

Thursday, April 15, 2010

DIARI ANWAR....

Hari ini akak sempat menghadiri satu majlis Penerangan Isu yang diadakan oleh PKR yang dihadiri oleh DSAI sendiri untuk memberikan beberapa penerangan mengenai isu penipu DSAI di Dewan Orang Ramai Kampung Sg.Buaya Hulu Selangor. Aangkah terperanjatnya akak apabila mendengarkan bahawa isu APCO yang sedang di perkotak-katik oleh Al-Juburi tu.....

Jelas dan nyata bahawa DSAI sudah ketandusan isu untuk dijadikan senjata mereka untuk menjatuhkan Jentera Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor. Selain itu juga Al-Juburi turut menyentuh berkenaan isu tanah Peneroka yang telah lama diselesaikan oleh kerajaan. Apakah Al-Juburi tidak mengetahui perkara tersebut atau pun sengaja untuk memperbesarkan isu tersebut agar rakyat memandang serong kepada Kerajaan 1 Malaysia dibawah pimpinan DS Najib.

Majlis Penerangan yang hanya dihadiri kurang daripada 100 orang itu juga , DSAI ada menyatakan bagaimana kerajaan Negeri Selangor memimpin Negeri Selangor sehingga memperolehi kutipan berlpat kali ganda selepas PKR merampas negeri tersebut. 

[To Al-Juburi.....rakyat atau pengundi di Felda boleh la ko bukak cerita lapan tahun ko jadi Menteri Kewangan.....ingat rakyat semua dah buta ker....dan lupa pada SEJARAH diri kamu...."saya menjadi menteri kewangan selama lapan tahun, jadi saya tahu kemana aliran duit rakyat ingat kami ni bodoh sangat ke nak menilai diri kn orang kampungamu....]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails