Pages

Saturday, April 24, 2010

AMK Bercanggah Pendapat Dengan Skuad Anak Muda KeAdilan.

Jumaat 23 Apr- Kuala Kubu Baru salah seorang Skuad Anak Muda KeAdilan telah membuat satu kenyataan bahawa PKR sudah tidak lagi bersungguh-sungguh didalam perjuangan mereka. Ini jelas dan nyata apabila seharusnya sebuah DEMOSTRASI bakal berlangsung selepas sembahyang jumaat telah dibatalkan secara tiba-tiba.

Ini telah menimbulkan rasa ketidak puasan hati mereka yang hadir berkumpul di Mini Stadium Kuala Kubu Baru yang menantikan saat untuk melaungkan Slogan Reformasi dan Takbir seperti selalu mereka lakukan. Perasaan yang membuak-buak untuk terus menghina dan mencaci Kerajaan semakin membara apabila Pucuk Pimpinan Skuad tersebut tidak menghadiri perhimpunan Demostrasi tersebut.

Maka tidak menjadi satu kehairanan lah sekiranya Skuad Anak Muda KeAdilan menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan mereka iaiatu Shamsul Iskandar bekas Peguam Anwar Bela yang membela DSAI sewaktu kes pertuduhan LIWATnya yang pertama pada tahun 1998.

Tidak hairan jugak lah apabila semakin ramai Ahli PKR  yang melompat keluar dari parti dan menyertai UMNO semula. Perkara ini tidak mustahil akan berlaku sekirany Zaid Ibrahim juga bakal melompat parti lagi.

[AMK tidak bersungguh lagi didalam perjuangan mereka untuk membela nasib Pucuk Pimpinan Tertinggi Parti tersebut iaitu DSAI. Ini juga dibuktikan apabila semakin ramai Ahli PKR yang memegang jawatan didalam cabang-cabang PKR bakal ramai lagi melompat Parti tersebut diatas kehilangan kepercayaan mereka terhadap pucuk pimpinan Parti tersebut]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails