Pages

Sunday, April 25, 2010

Najib terus Bersumpahn

Wallah hi ....Wabillah Hi...Watalla Hi....itu lah lafaz sumpah yang dibaut oleh Dato' Seri Najid Tun Abdul Razak bagi meyakinkan rakyat dan pengundi bahwa DS Najib bersama  isteri tidak pernah terlibat langsung dengan kes Pembunuhan wanita warga Mongolia.

DS Najib juga meluahkan rasa dukacitanya beliau diatas pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dengan diri beliau.

Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.

Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.

Hari ini hari terakhir kempen pilihan raya kecil ini.

Najib ucapkan sumpah beliau selepas menyentuh kes liwat kedua Anwar membabitkan bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhhari Azlan.

“Saya sudah bersumpah sebelum ini, di masjid, saya bersumpah sekali lagi hari ini,” kata Najib yang juga Presiden Umno.

Turut hadir pada persinggahan kempen di sini — malam terakhir kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor ialah bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.....(seterusnya)

[ Menyerang dengan menuduh sesuka hati adalah telah menjadi tabiat oleh DSAI apabila dirinya terasa diancam dan teramcam akibat serangan balas yang dilakukan oleh Dato'Seri Najib. DSAI tidak begitu kuat dan kukuh lagi hujah setelah DS Najib ada menyatakan bahawa beliau telah mengatahui apa rancangan DSAI untuk meneruskan impianya untuk mewujudkan sebuah kerajaan baru. Jelas dan nyata bahawa Imian tersebut hanya lah satu penipuan yang sengaja direka  oleh DSAI agar kesilapan Kerajaan Pemerintahan BN  masih mengungguli Kerajaan Pusat.]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails