Pages

Friday, April 23, 2010

APABILA SULTAN MURKA

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.Sehubungan itu, katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Larangan itu dibuat selepas terdapat dakwaan bahawa ceramah dan perhimpunan politik akan diadakan di pekarangan masjid di sekitar Kuala Kubu Bahru, esok dua hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.Dalam perkembangan lain, Khalid memberitahu, pihaknya telah menahan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa bersama empat rakannya ekoran tindakan mereka yang cuba membuat provokasi terhadap pihak lain.

(Ini lah dia sifat pembangkang di Negeri Selangor yang membenarkan sesuka hati mengikut pemerintahan yang membangkang mereka tu, mereka telah membenarkan sesiapa sahaja untuk bermalam di dalam masjid di sekitar Kuala Kubu Baru. Sedangkan mereka mempunyai ulamak-ulamak didalam Pakatanrakyat, adalah mereka tidak tahu undang-undang dalam islam tidak membenarkan orangramai untuk bermalam di Majid -masjid dan surau-surau inikan pula untuk mengadakan Ceramah politik yang berunsur caci maki di perkarangan Masjid-masjid mahu pun surau-surau. Ini masjid bang bukannya hotel.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails