Pages

Friday, April 30, 2010

DUIT RAKYAT DIJADIKAN UPAH FITNAH


Tindakan Pas Kelantan yang dipercayai menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada seorang penulis blog bagi tujuan memfitnah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang tersebut sepatutnya digunakan bagi tujuan kesejahteraan rakyat dan bukannya dibelanjakan untuk kepentingan politik Pas kerana masih terlalu ramai rakyat Kelantan yang miskin dan memerlukan bantuan.

"Apakah wang RM4 juta itu merupakan peruntukan yang sepatutnya disalurkan bagi membantu rakyat miskin tetapi akhirnya digunakan bagi menabur fitnah untuk menjatuhkan pemimpin Barisan Nasional (BN)...(Seterusnya)

[ Satu lagi perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh Pucuk Pimpinan Negeri Kelantan Nik Aziz Nik Mat. Menggunakan duit dan hasil rakyat untuk membayar melakukan firnah sebanyak rm4juta ringgit. Adakah ini ada tertulis didalam Al-Quran dan Hadith? Khabarnya tuan guru baru balik dari tanah suci ingatkan dah sujud TAUBAT.Tapi bila balik ke Tanah Air, Allah itu maha kaya ditunukan pulak Nik Aziz salah guna duit rakyat dibayar untuk memfitnah. Inikah pemimpin yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan. It's Time To Change. ]

Wednesday, April 28, 2010

Hermm...SELESAI KISAH PIHANRAYA HULU SELANGOR

Tamat lahsudah perjuangan di parlimen P.94 Hulu Selangor. HUuhu...keletihan masih terasa walaupun parti yang menjadi sokongan suami akak kalah teruk dengan majoriti 1700 undi. Wakaka...sempat tergelak besar akak sewaktu kami pulang dari Hulu Selangor , merah padam jugak muka suami akak tu.

Dan kini yang bakal menjelma adalah pihanraya kecil Sibu. hhu...akak belum buat study lagi pasal Politik sibu..dan masih menanti sahabat-sahabat yang prihatin dari sawarak untuk menyalurkan berita-berita panas dari sana.

Sungguh pun demikian, masih lagi terdapat ada pihak yang tidak berpuas hati sepanjang proses pilihanraya dijalankan di Hulu Selangor. Cerita ni tak ada lain la..Pembangkang la tidak puas hati. terutamanya adalah Calon yang bertanding dengan DUIT sendiri tu. Zaid Ibrahim dengan bangga menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak mengikut peraturan yang telah digariskan. Namun demikian seteleh diminta untuk mengumpulkan segala bukti , sampai kehari ini BUKTI x cukup-cukup...hermmm pelik la KAK JEM....

Sunday, April 25, 2010

Najib terus Bersumpahn

Wallah hi ....Wabillah Hi...Watalla Hi....itu lah lafaz sumpah yang dibaut oleh Dato' Seri Najid Tun Abdul Razak bagi meyakinkan rakyat dan pengundi bahwa DS Najib bersama  isteri tidak pernah terlibat langsung dengan kes Pembunuhan wanita warga Mongolia.

DS Najib juga meluahkan rasa dukacitanya beliau diatas pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dengan diri beliau.

Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.

Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.

Hari ini hari terakhir kempen pilihan raya kecil ini.

Najib ucapkan sumpah beliau selepas menyentuh kes liwat kedua Anwar membabitkan bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhhari Azlan.

“Saya sudah bersumpah sebelum ini, di masjid, saya bersumpah sekali lagi hari ini,” kata Najib yang juga Presiden Umno.

Turut hadir pada persinggahan kempen di sini — malam terakhir kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor ialah bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.....(seterusnya)

[ Menyerang dengan menuduh sesuka hati adalah telah menjadi tabiat oleh DSAI apabila dirinya terasa diancam dan teramcam akibat serangan balas yang dilakukan oleh Dato'Seri Najib. DSAI tidak begitu kuat dan kukuh lagi hujah setelah DS Najib ada menyatakan bahawa beliau telah mengatahui apa rancangan DSAI untuk meneruskan impianya untuk mewujudkan sebuah kerajaan baru. Jelas dan nyata bahawa Imian tersebut hanya lah satu penipuan yang sengaja direka  oleh DSAI agar kesilapan Kerajaan Pemerintahan BN  masih mengungguli Kerajaan Pusat.]

PEMBANGKANG TERUS CENDERUNG KEPADA ANARKI


Pemimpin pembangkang akan terus mempermainkan undang-undang negara kerana mereka cenderung bertindak secara anarki iaitu menimbulkan kacau-bilau termasuk menggunakan masjid dan surau sebagai tempat untuk berkempen.
Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling mendakwa, pihak pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup mencetuskan huru-hara sekiranya tindakan mereka dipertikaikan daripada segi perundangan.

Menurutnya, keadaan itu dapat dibuktikan dengan berlakunya kekecohan pada setiap pilihan raya sebelum ini.
"Sehubungan itu tindakan pembangkang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara perlu diberi perhatian serius.,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemimpin pembangkang yang mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid dan surau untuk kempen politik.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mempertikaikan titah Sultan Selangor itu dengan menyifatkan larangan tersebut sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula berkata, beliau berpendapat Nik Abdul Aziz perlu menghormati dan akur dengan titah Sultan Selangor. (Seterusnya)

[ Memang itu lah kerja pembangkang.....tidak salah la kalau kita gelarkan mereka sebagai agen YAHUDI sama la dngan Nik Aziz tu..harap kopiah je la yang tak tinggal dari kepala tapi Otak mengalahkan YAHUDI....Sampai titah sultan Selangor pun dia nak langgar. Apa dah buta ke pasal Undang-undang persekutuan. Dah gila semua pemimpin pembangkang ni.]



tempelak Nik Aziz Sultan Selangor


 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi hari ini menempelak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penyalahgunaan masjid untuk tujuan politik.


Beliau berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak wajar kerana negeri ini mempunyai enakmen yang melarang penggunaan institusi Islam untuk tujuan politik bagi mengelak disalah guna sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.


Jelasnya, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz sepatutnya lebih arif dalam soal berkenaan terutamanya dari segi bidang kuasa perundangan Islam yang diletakkan di bawah pentadbiran mengikut negeri masing-masing...(seterusnya)

[ Ini satu isu yang seharus dimaki. Masjid adalah tempat untuk beribadah bukan tempat untuk tidur atau bersalin pakaian.Ini yang berlaku di Masjid Kuala Kubu Baru. Mentang-mentang la Negeri Selangor di perintah oleh Pembangkang Pakatan Rakyat, Masjid juga boleh dibuat sesuka hati. Mula-mula berniaga di hadapan Masjid, lepas tu buat hal depan masjid dan tidur dibawah tangga masjid dan seterusnya mandi dan Masjid dijadikan tempat bersalin pakaian. Ini lah dia SIAPA PEMBANGKANG....]

RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL

"Taubat la demo Zaid Ibrahim"  ini lah dia kata-kata Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat didalam ucapanya ketika bertemu pengundi-pengundi di Parlimen hulu Selangor malam tadi. Didalam ucapanya juga Nik Aziz turut menyatakan bahawa , memang benar Zaid Ibrahim memiliki berberapa ekor kuda belaannya yang bertujuan menyertai perlumbaan kuda. Ini juga diklasifikasikan sebagai salah satu cabang perjudian.

Justeru itu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Negeri Kelantan memohon agar Zaid Ibrahim bertaubat, sebenar-benarnya taubat jika mahu kekal sebagai salah seorang pejuang pakatan rakyat. Ini juga ditegaskan didalam ucaptamanya.


Dalam ucaptamanya juga Nik Aziz tidak ubah seperti .....Sudah ludah,Jilat kembali ludahan.....ini kerana Nik Aziz adalah salah seorang yang menolak Zaid Ibrahim ketika Zaid Ibrahim masih berada di Kelantan. Nik Aziz pernak menghalau Zaid ibrahim keluar dari Negeri kelantan oleh kerana perangainya yang gemar minum minuman keras.



Saturday, April 24, 2010

SELAMATKAN MALAYSIA

'Selamatkan Malaysia daripada Anwar Ibrahim' kerana ketua pembangkang itu terlalu banyak melakukan fitnah dan pembohongan. Ini lah slogan yang patut diberikan kepada rakyat Malaysia agar membuat pilihan yang bijak dan baik ketika hari pembunangan undi esok hari. 

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Anwar menuduh rakyat zalim dan tidak adil hanya semata-mata kerana beliau (Anwar) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat.

Katanya, kes itu tidak melibatkan kerajaan kerana merupakan kes peribadi antara Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan dan dibicarakan selepas bekas pembantunya itu membuat laporan polis.


Terlalu banyak pembohongan yang dibuat oleh anwar Ibrahim terhadap apa sahaja tindakan kerajaan yang difikirkan akan memudahkan rakyat dan memberikan manfaat kepada rakyat. Ini juga termasuk menuduh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak serta Datin Rosmah Mansor terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya Sharibu . 


Rakyat yang mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan kata-kata Anwar Ibrahim pasti akan turut didalam perjuangan PALSU Anwar Ibrahim. Tanpa mereka sedari bahawa telah puluhan tahun mereka menikmati pelbagai kesenangan dan sudsidi yang diberikan oleh Kerajaan bagi memastikan kehidupan rakyat selesa.



AMK Bercanggah Pendapat Dengan Skuad Anak Muda KeAdilan.

Jumaat 23 Apr- Kuala Kubu Baru salah seorang Skuad Anak Muda KeAdilan telah membuat satu kenyataan bahawa PKR sudah tidak lagi bersungguh-sungguh didalam perjuangan mereka. Ini jelas dan nyata apabila seharusnya sebuah DEMOSTRASI bakal berlangsung selepas sembahyang jumaat telah dibatalkan secara tiba-tiba.

Ini telah menimbulkan rasa ketidak puasan hati mereka yang hadir berkumpul di Mini Stadium Kuala Kubu Baru yang menantikan saat untuk melaungkan Slogan Reformasi dan Takbir seperti selalu mereka lakukan. Perasaan yang membuak-buak untuk terus menghina dan mencaci Kerajaan semakin membara apabila Pucuk Pimpinan Skuad tersebut tidak menghadiri perhimpunan Demostrasi tersebut.

Maka tidak menjadi satu kehairanan lah sekiranya Skuad Anak Muda KeAdilan menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan mereka iaiatu Shamsul Iskandar bekas Peguam Anwar Bela yang membela DSAI sewaktu kes pertuduhan LIWATnya yang pertama pada tahun 1998.

Tidak hairan jugak lah apabila semakin ramai Ahli PKR  yang melompat keluar dari parti dan menyertai UMNO semula. Perkara ini tidak mustahil akan berlaku sekirany Zaid Ibrahim juga bakal melompat parti lagi.

[AMK tidak bersungguh lagi didalam perjuangan mereka untuk membela nasib Pucuk Pimpinan Tertinggi Parti tersebut iaitu DSAI. Ini juga dibuktikan apabila semakin ramai Ahli PKR yang memegang jawatan didalam cabang-cabang PKR bakal ramai lagi melompat Parti tersebut diatas kehilangan kepercayaan mereka terhadap pucuk pimpinan Parti tersebut]

Friday, April 23, 2010

PAS FOR ALL.........ISRAEL FOR ALL

Apa bezanya dengan "PAS FOR ALL" dengan "ISRAEL FOR ALL" tidak ada bezanya diantara kedua-dua slogan tersebut. Allah Maha Kaya , Allah Maha Pengasih maka dengan itu Allah ingin menunjukan siapakah yang bersekongkol dan mengaku ikatan BLOOD BROTHER dengan Israel YAHUDI.

 Lihat Penyokong-Penyokong PKR yang tak semenggah ni. ...Yang berjau Kuning tu pun cakap pun tak betul tapi maki hamun kerajaan macam dia tahu semua benda...

Bukan setakat bersekongkol malah menggunakan pula slogan tersebut di Malaysia. Kepada orang yang tidak tahu memang la mereka akan cakap Wah bagusnya PAS untuk semua. Tetapi disebalik penggunakan Slogan tersebut mereka semua tidak mengatahui bahawa PAS dan juga Pakatan rakyat mempunyai hubungan yang intim dengan agen-agen YAHUDI di Luar Negara. Antaranya adalah ALGORE, Siapa Algore tu.?Kak Jem pasti anda semua tahu siapa dia Algore.Ramai lagi sebanarnya.

Dan hari ini predisen PAS pusat menafikkan sekeras-kerasnya bahawa PAS for All tersebut tidak sama seperti Israel For All. Ini adalah kerana PAS adalah sebuah Parti manakala Israel 4 All adalah untuk Negara.

APABILA SULTAN MURKA

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.Sehubungan itu, katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Larangan itu dibuat selepas terdapat dakwaan bahawa ceramah dan perhimpunan politik akan diadakan di pekarangan masjid di sekitar Kuala Kubu Bahru, esok dua hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.Dalam perkembangan lain, Khalid memberitahu, pihaknya telah menahan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa bersama empat rakannya ekoran tindakan mereka yang cuba membuat provokasi terhadap pihak lain.

(Ini lah dia sifat pembangkang di Negeri Selangor yang membenarkan sesuka hati mengikut pemerintahan yang membangkang mereka tu, mereka telah membenarkan sesiapa sahaja untuk bermalam di dalam masjid di sekitar Kuala Kubu Baru. Sedangkan mereka mempunyai ulamak-ulamak didalam Pakatanrakyat, adalah mereka tidak tahu undang-undang dalam islam tidak membenarkan orangramai untuk bermalam di Majid -masjid dan surau-surau inikan pula untuk mengadakan Ceramah politik yang berunsur caci maki di perkarangan Masjid-masjid mahu pun surau-surau. Ini masjid bang bukannya hotel.)

ANWAR TIPU RAKYAT DENGAN APCO

APCO yang digambarkan kepada pengundi atau rakyat di hulu Selangor adalah sebagai sebuah syarikat yahudi yang mempunyai hubungan dengan kerajaan 1 Malaysia yang di pimpin oleh DS Najib.

" Malaysia menjalinkan Hubungan dengan APCO yang dipimpin oleh bekas agen Risikan Israel."

Adakah anda pecaya dengan kata-kata ini semua.? itu adalah satu persoalan yang besar yang perlu kita cari sendiri siapa sebenarnya APCO yang kononya dibayar oleh Kerajaan dengan nilai puluhan juta ringgit yang ceritanya dijaja kesana-kemari oleh DSAI. Kita kena bijak untuk memilih dimana kebenaranya DSAI apabila dia berkata-kata.

DSAI yang dilahirkan kedunia dikurniakan lidahnya tidak ubah seperti seorang YAHUDI yang suke menimbulkan kekacauan di atas muka bumi ini. Maka tidak hairan lah sekiranya DSAI dilabelkan sebagai pengkianat NEGARA.

Bercakap mengenai APCO, adakah anda percaya bahawa DSAI benar-benar sedang menyebarkan perjanjian-perjanjian diantara APCO dan kerajaan Malaysia untuk menjayakan bersama program 1 Malaysia yang di gagaskan oleh DS Najib Tun Abdul Razak. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata DSAI.

Kak jem jugak boleh cakap , kak jem ada Fakta, ada bukti untuk membuktikan bahawa DSAI mempunyai hubungan yang rapat dengan YAHUDI di luar Negara kita. Ini adalah fakta. Persalan yang mula timbul dalam kepala otak kak Jem ni, mengapa DSAI disenaraikan diantara pemimpin dunia yang ternama dan namanya ada tersenarai didalam list The New World Order (NWO).? mengapa ???? tak pe kita abaikan dulu tenatang penglibatan DSAI dengan NWO tu...

Ini jelas DSAI memainkan isu tersebut kepada masyarkat Kampung Felda gedangsa yang tidak tahu menahu langsung apa itu APCO...

Thursday, April 22, 2010

1 Vote for 1 BEER

Ini lah dia slogan yang bakal digunakan di Grand Finale malam last berkempen Dato' Haji Zaid b. Haji Ibrahim. 1 vote for 1 BEER. Sinonim nampaknya diantara Zaid Ibrahim dengan BEER. 

jelas dan nyata bahwa Zaid Ibrahim tidak ubah sebagai kuda tungagang ANWAR IBRAHIM bertanding dengan menggunakan duit sendiri. Jayakan beberapa program dengan duit sendiri. Tetapi mngkin disebabkan Zaid Ibrahim rela menjadi KUDA TUNGANGAN DSAI sebab itu dia mengeluarkan duit sendiri yang mungkin akan menaikan lagi populariti beliau yang baru melompat parti ke pada UMNO.


Khalid Ibrahim pula menggunakan duit rakyat untuk tar semula sepanjang jalan di Parlimen P.94 Hulu Selangor. Ini semua hanya lah wayang yang dimainkan oleh PakatanRakyat. Akak perasan satu perkara sepanjang tempoh berkempen bermula sejak 18 april 2010 selepas hari penamaan calon. Tidak pernah langsung kelihatan wajah Khalid Ibrahim di lapangan untuk bersama berkempen demi parti PKR. Tidak nampak langsung. kalau ada pun sewaktu Pengumuman calon oleh DSAI di dewan Komuniti Serendah dan juga di Hari Penamaan calon pada 18 April 2010 sehingga ke hari ini tidak kelihatan langsung bayang Khalid Ibrahim. Adakah Khalid Menyedari bahawa dirinya tidak digemari dikalangan Rakyat Selangor? Atau sebaliknya. 


Melalui beberapa  informasi yang akak terima daripada rakan2 MEDIA, Khalid Ibrahim tidak digemari oleh rakyat Selangor. Ini adalah kerana Khalid Ibrahim digelar sebagai Menteri Besar yang BODOH dan BEBAL kerana tidak mempu untk menyelesaikan permasalahan yang melanda kaum India di Selangor. Perlantikan beliau sebagai menteri besar Selangor oleh DSAI adalah hanya sebagai kuda Tungangan juga supaya ANWAR IBRAHIM dapat mengaut keuntungan yang senang Di Negeri Selangor.Diatas sebab itu juga lah mengapa Anwar Ibrahim dilantik sebagai PUNAI-SIHAT EKONOMI kerajaan NEGERI SELANGOR.....


Wednesday, April 21, 2010

PKR SEMAKIN KURANG DIPERCAYAI

Keyakinan rakyat kepada PKR semakin luntur apabila hari ini 2 lagi pemimpin wanita PKR meletakan jawatan untuk menyertai UMNO.Kedua-dua mereka ialah Ketua Penerangan Wanita Perak, Suraya Sulaiman dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya Wanita Perak, Roshanita Mohd. Basir.

Keputusan itu, kata mereka berpunca daripada kebimbangan hilangnya suara politik Melayu dalam pakatan pembangkang yang semakin dikuasai DAP selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mirip seorang diktator.Suraya yang menyertai PKR sejak 1998 berkata, selepas parti itu membentuk kerajaan negeri pakatan pembangkang Perak pada Mac 2008, parti mula kucar-kacir dan masalah itu berlarutan sehingga sekarang.


Bergegar Hulu Selangor apabila mendapat berita perletakan jawatan ketua Penerangan Wanita PKR Perak. Ini secara tidak langsung menjatuhkan kredibeliti Zaid Ibrahim untuk memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor.


Soraya yang menyatakan bahawa telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR itu menjadi punca mengapa mereka meletakan jawatan mereka sebagai Wanita PKR Perak untuk terus menyertai perjuangan UMNO yang selama ini dianggap Zionis dan Yahudi Oleh PKR. Rupanya sangkaan mereka itu dengan nyata dan jelas bahawa beliau merasa amat tertipu dengan Anwar yang hanya nampak baik pada permulaan namun berubah sedikit demi sedikit sehingga beliau tawar hati untuk bersama PKR.


Tambahan pula katanya, PKR tidak ikhlas membela nasib wanita sebagaimana Barisan Nasional (BN) yang merangka program pembelaan secara jelas.


[ Ini lah dia , siapa PKR yang sebenarnya. LAUNGAN LAWAN TETAP LAWAN bakal hilang tidak lama lagi. Semakin ramai pulak yang melompat Parti. Jangan mudah menuduh UMNO tidak betul dan telah memberikan SOGOKAN kepada mereka. Kenyataan yang dibuat oleh mereka sewaktu mengumumkanuntuk keluar dari PKR dibuat secara pengumuman dan LIVE. Cuba anda semua fikir dimana fakta yang menyatakan bahawa UMNO memberikan sogokan kepada mereka agar mereka keluar dari PKR? Tidak ada.....]

ZAID KAKI BOTOL

Pelbagai serangan demi serangan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN)untuk memastikan bahawa Zaid Ibrahim akan kalah didalam Pertandingan 1 vs 1 di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Zaid Ibrahim adalah bekas Peguam Negara yang telah menjadi Ahli PKR setelah kononya sistem perundangan Negara adalah tidak adil dan undang-undang penipu KONONYA. Beliau yag berasal dari Kelantan di calonkan oleh DSAI adalah berdasarkan kredibelitinya bekas Peguam Negara.

Sungguhpun demi kian. DSAI yang hanya mempergunakan kekayaan Zaid Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Hulu Selangor. Ini adalh kerana PKR tidak mempunyai akaun simpnan bajet tahunan dan ekonomi yang kukuh didalam PKR untuk memberikan sokongan kepada Calon mereka iaitu Zaid Ibrahim. Mungkin ramai yang tidak mengetahui serba sedikit latar belakang Zaid Ibrahim. Siapa sebenarnya Zaid Ibrahim.

Akak bukan la nak jadi batu api atau seumpama denganya. Ada yang menyatakan bahawa Zaib bukan anak tempatan Parlimen Hulu Selangor dan jugak ZAIB ADALAH SEORAN KAKI BOTOL dan KAKI TONGANG. ini jelas menunjukan mengapa kehadirannya di Kelantan di HALAU dan di TOLAK untuk menyertai politik di Kelantan.

[Adakah ini pemimpin yang kita inginkan untuk memperjuangankan Hak Rakyat dan Suara Rakyat? bagi Kak Jem la, Zaib Ibrahim perlu ditolak oleh pengundi di Parlimen Hulu Selangor. BUKAN KAKI BOTOL yang layak dijadikan pemimpin. Bukan kaki kelentong yang Orang Hulu Selangor perlukan. Silap2 seluruh rakyat Hulu Sealngor kena kelentong sebab kita kena ingat bahawa Zaid Ibrahim adalah Seorang bekas peguam Negara. Yang kerjanya memang nak kelentong jer......] 

Monday, April 19, 2010

PAS MANGSA PENIPUAN PKR

Baru sekejap tadi KAK JEM mendapat satu panggilan Telephone yang menyatakan bahawa PAS tidak berpuas hati dengan tindakan pucuk pimpinan PR. Ini adalah kerana PAS ingin bertanding semula bagi menebus kekalahan di Hulu Selangor satu masa dahulu. Namun sebaliknya yang berlaku selepas janji-janji yang diberikan oleh DSAI kepada PAS yang akan bertanding di Hulu Selangor kali ini diberikan kepada SI ZAID KATAK. yang dibuang dari Negeri Kelantan.

Mengapa perkara ini berlaku? Kononya DSAI yakin bahawa Zaid Ibrahim mampu membawa angin perubahan di Parlimen Hulu Selangor. DSAI juga pernah menyatakan bahawa Zaid Ibrahim adalah calon yang paling layak untuk dipertandingkan di Parlimen Hulu Selangor.

Maka dengan ini jelas menunjukan bahawa Pencalonan Zaid Ibrahim sebagai calon di PRK P.94 Hulu Selangor menjadi ketidak puasaan hati cabang-cabang PR.

JANJI MANIS PKR 2008..

  1. memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke Nurseri 
  2. memberi bantuan RM50 sebulan untuk membiayai pendidikan pra-sekolah
  3. Membrikan bantuan kewangan kepada anak-anak muda yang ingin mendirikan rumah tangga
  4. Memberikan Elaun kepada Suri Rumah sepenuh masa 
  5. Memberikan elaun kepada ibu tunggal yang layak...
Ini lah diantara janji-janji PKR sewaktu pilihanraya umum 2008 yang lepas...Tetapi tidak ada satu pun yang ditunaikan oleh Khalid Ibrahim yang menjadi Menteri besar selepas 2 tahun memerintah Kerajaan Negeri Selangor. Mengapa semua janji-janji ini tidak dapat dilaksanakan kepada rakyat. Kak Jem ada jawapannya. Melalui sumber yang di terima oleh Kak Jem , Khalid Ibrahim tidak menjalankan tugasnya dengan betul. Ini adalah kerana Khalid hanya akan mendengar cakap Anwar Sahaja yang telah dilantik sebagai PUNAISIHAT Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.Nasib rakyat tidak perlu dibela , kerana itu semua kerja UMNO. Semua peruntukan yang telah dirancangkan untuk rakyat Negeri Selangor mereka kebas.Kalau tak dari mana mereka semua dapat DUIT untuk menghadapi pilihanraya. Terutama sekali di P.94 Hulu selangor yang bakal menjelang nanti.

Ini pula nak pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Dari mana sumber kewangan mereka untuk membina bilik gerakan? Kak Jem tengok banyak bilik gerakan mereka. boleh dikatakan setiap kampung ada bilik gerakan mereka, Apa  itu semua tak perlu dibayar ker.? cuba fikir betul2....

Saturday, April 17, 2010

KEGILAAN PEMBANGKANG.....

hari ini akak berpeluang sekali lagi untuk mengikuti teletah orang-orang yang berketurunan PEMBANGKANG di hari Penamaan Calon PRK P.94 Hulu Selangor....macam-macam hal...macam-macam kerenah......so dalam melayan kerenah diorang tu......hangin jugak akak dengan laki akak tu......tak habis2 TAKBIR...TAKBIR.....taksub sangat......dah lantakkan aje dia......

Ni akak nak habaq kat hang pa semua .....kalau hang pa semua nak berpolitik ke...apa ke.....jangan la sampai bawak anak-anak kecil....kesian akak tengok......ada yang menangis kehausan....ada yang merengek nak tiduq.....APA DENGAN ANAK-ANAK pun kita nak BANGKANG jugak ke waktu tidur dia....waktu makan dia.........kesian tau akak tengok....kononya nak tunjuk dengan pemimpin-peminpin mereka ......MEREKA DATANG BAWAK ANAK-ANAK sekali......budak-budak tu tau apa.....paling sedih dibangku sekolah lagi mereka dah diajar untuk menentang kerajaan...sedangkan mereka semua bersekolah didalam sekolah bantuan penuh KERAJAAN.....tapi nak bangkang KERAJAAN....ni apa punya MAK DAN BAPAK PUN TAK FAHAM LA AKAK.......

 

Thursday, April 15, 2010

DIARI ANWAR....

Hari ini akak sempat menghadiri satu majlis Penerangan Isu yang diadakan oleh PKR yang dihadiri oleh DSAI sendiri untuk memberikan beberapa penerangan mengenai isu penipu DSAI di Dewan Orang Ramai Kampung Sg.Buaya Hulu Selangor. Aangkah terperanjatnya akak apabila mendengarkan bahawa isu APCO yang sedang di perkotak-katik oleh Al-Juburi tu.....

Jelas dan nyata bahawa DSAI sudah ketandusan isu untuk dijadikan senjata mereka untuk menjatuhkan Jentera Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor. Selain itu juga Al-Juburi turut menyentuh berkenaan isu tanah Peneroka yang telah lama diselesaikan oleh kerajaan. Apakah Al-Juburi tidak mengetahui perkara tersebut atau pun sengaja untuk memperbesarkan isu tersebut agar rakyat memandang serong kepada Kerajaan 1 Malaysia dibawah pimpinan DS Najib.

Majlis Penerangan yang hanya dihadiri kurang daripada 100 orang itu juga , DSAI ada menyatakan bagaimana kerajaan Negeri Selangor memimpin Negeri Selangor sehingga memperolehi kutipan berlpat kali ganda selepas PKR merampas negeri tersebut. 

[To Al-Juburi.....rakyat atau pengundi di Felda boleh la ko bukak cerita lapan tahun ko jadi Menteri Kewangan.....ingat rakyat semua dah buta ker....dan lupa pada SEJARAH diri kamu...."saya menjadi menteri kewangan selama lapan tahun, jadi saya tahu kemana aliran duit rakyat ingat kami ni bodoh sangat ke nak menilai diri kn orang kampungamu....]

Tuesday, April 13, 2010

BN terus berjanji, guna taktik lapuk di Hulu Selangor

Umno-Barisan Nasional (BN) masih menggunakan taktik lapuk sebagai retoriknya dalam menambat hati pengundi menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, berkata fenomena itu jelas terbukti apabila sudah ada janji dicurahkan oleh kerajaan BN meskipun kempen pilihan raya belum bermula.
“Mereka (Umno-BN) boleh nafikan bahawa itu bukan janji ataupun kempen, tapi persoalannya kenapa tiba-tiba wujud agenda itu saat menjelang pilihan raya?
“Saya percaya semua rakyat sudah lali dengan taktik-taktik demikian, yang sudah menjadi amalan tradisi di dalam Umno-BN," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan awal Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Hulu, baru-baru yang berjanji akan membina empat buah sekolah baru di kawasan parlimen berkenaan.
Selain itu, Muhyuddin turut berjanji akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa.
Sementara itu, mengulas hasrat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang akan menggunakan pendekatan PRK Manek Urai bagi membantu BN di Hulu Selangor, Zaki berkata Umno-BN tidak mudah bebas dari tradisi silamnya, iaitu janji....(HARAMKAH DAILY)



[Ini lah dia permainan yang biasa dan terlalu biasa dimainkan oleh Haramkah daily dengan memprovokasi Jentera Barisan Nasional (BN) dengan menyatakan bahawa BN menabur janji palsu kepada rakyat untuk memenangi kerusi P.94 Hulu Selangor. Alhamdulillah DS Najid telah mendengar denyut nadi rakyat Hulu Selangor dengan melakukan pelbagai kajian sikap terhadap rakyat Hulu Selangor.Tetapi kepada mereka yang sengaja kerjanya mencari silap dan salah orang lain , tak ubah seperti YAHUDI yang senantiasa mencari kelemahan perjalanan orang-orang yang benar....]

HUHHUHUH...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL......

Mesyuarat SPR 16 April tetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil Sibu

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 16 April ini bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
 
Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, beliau telah menerima notis kekosongan kerusi kawasan itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohd. Asfia Awang Nassar pada pukul 2 petang ini.

''Mesyuarat SPR itu akan diadakan di Hotel Blue Wave, Shah Alam pada 16 April memandangkan ramai urus setia kita berkumpul di sana sebelum kami ke Hulu Selangor untuk meninjau persiapan akhir hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor keesokannya (17 April)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Sibu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan akibat kanser pada 9 April lalu.

Abd. Aziz berkata, SPR akan menggunapakai daftar pemilih pada suku terakhir tahun lalu iaitu Disember 2009 yang diwartakan pada Februari lalu untuk pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

CALON BN ANAK TEMPATAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ialah anak tempatan dari kawasan itu.
Katanya, kriteria calon berkenaan menepati apa yang dikehendaki rakyat termasuk bebas daripada sebarang skandal peribadi dan berkelulusan tinggi.

"Kita sedang mendengar dan mengumpul pandangan daripada semua pihak. Sudah ada input tentang apa yang dikehendaki pengundi di sini dan kita akan ambil kira apa yang rakyat mahukan.

"Macam kita ambil kira pandangan di Pilihan Raya Kecil Dewan UNdangan Negeri Bagan Pinang dulu. Semua pihak sudah menyatakan pandangan mereka dengan lantang dan kita ambil yang terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan geran permulaan prasekolah swasta di Tadika Wawasan Gemilang di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, calon yang akan dipilih nanti adalah seorang yang diyakini akan dapat bekerjasama dengan pemimpin bawahan dan bersifat amanah untuk berkhidmat kepada rakyat.

[Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan.....ini lah dia apa yang dikatakan di dalam Gagasan 1 Malaysia Ds Najib. Kita tidak perlu gusar siapa pun calon yang ground mahukan. Usah dipolitikan calon yang rakyat mahukan. Dengar setiap nadi rakyat yang berdenyut itu adalah kemenangan bagi BN....tetapi persoalanya siapakah calon yang akan diumumkan oleh Ds.Najib nanti...tiada siapa yang tahu...tunggu dan lihat]

Saturday, April 3, 2010

BUAT PERTAMA KALINYA.......

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Si Samy Vellu Mahu G.Palanivel Dikekalkan Tetapi UMNO Pula Mahu Bekas MB Mat Taib Dipilih Jadi Calon !

SHAH ALAM, 2 April [3.30 pm] - Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan UMNO selepas hampir 51 tahun 'diserahkan' kepada MCA dan MIC. Beliau berkata permintaan ahli-ahli UMNO di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu. "Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi Parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan UMNO, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada UMNO, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan UMNO meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu. Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan Umno kembali berkuasa di kawasan itu. "Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya UMNO meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.(seterusnya...)

Buat pertama kalinya sebuah akhbar media maya malas nak cakap la siapa punya...tengok sendiri membuat sokongan siapa yang perlu dipertandingkan....HUHU KENAPA DAH BERTUKAR ANGIN ke???seribu satu persoalan yang timbul selepas akak membaca atikel yang telah dikeluarkan ini. HUUHUHU..........

RENUNG-RENUNGKAN......
SELAMAT BERAMAL.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails