Pages

Thursday, December 16, 2010

Raja Petra hentam pembangkang

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin menempelak sikap pakatan pembangkang yang hanya tahu bersorak apabila laman web WikiLeaks membocorkan rahsia yang mendatangkan kesan negatif kepada kerajaan serta pemimpinnya.
Sebaliknya, tegas beliau, apabila mereka pula 'terkena', kalangan pemimpin pembangkang seakan-akan tidak boleh menerima hakikat lalu menuduh apa yang berlaku adalah satu konspirasi dan subjudis.

''Kalau WikiLeaks bocor rahsia tentang kerajaan, anda (pembangkang) bertepuk tangan dan bersorak-sorai serta mengatakan bahawa WikiLeaks adalah kurniaan tuhan. Sekarang, apabila anda pula terkena, anda tuduh bahawa berlaku konspirasi dan subjudis.

''Tolonglah! Kalau takut kena pukul, jangan cari gaduh. Kalau berani gaduh, mestilah terima yang kadang- kadang kena pukul balik. Itu baru kita panggil anak jantan,'' coretnya dalam artikel disiarkan Malaysia Today menerusi ruangan No Holds Barred.

Raja Petra berkata, ramai yang kesal berhubung laporan WikiLeaks mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka berteriak subjudis, desas-desus, khabar angin tidak berasas, konspirasi dan lain-lain lagi.

Bagi mereka, jelasnya, adalah tidak adil atau tidak beretika bagi pihak WikiLeaks untuk menerbitkan laporan tentang isu yang sedang dibicarakan di mahkamah.

''Bagi saya, standard yang sama perlu diguna pakai bagi semua pihak. Saya tak percaya pada penggunaan standard yang berbeza untuk setiap orang dan mengalihkan palang gol semasa permainan berlangsung. Inilah pendirian saya selama ini dan saya amat konsisten mengenainya.

''Tapi ramai di pihak pembangkang percaya pada penggunaan dua standard yang berbeza - satu untuk parti pemerintah dan satu lagi untuk pembangkang. Ya, saya memang setuju bahawa semasa sesuatu perbicaraan sedang berlangsung, kita tak patut memberi komen tentangnya. Tapi sejak bila pula pembangkang menghormati peraturan ini?'' soal beliau.
Kata Raja Petra, antara 2002 hingga 2004 iaitu ketika menguruskan akhbar Suara Keadilan, beliau selalu bertengkar dengan Anwar dan kalangan pemimpin parti.

Malah, katanya, beliau pernah menerima memo Anwar dari Penjara Sungai Buloh yang menegur mengenai penulisannya.

''Suara Keadilan adalah akhbar parti dan oleh sebab itu, saya tidak harus menulis sebarang perkara bersifat kritikal terhadap parti atau pembangkang. Saya kemudiannya tidak lagi dibenarkan menulis ruangan editorial.

''Kemuncaknya adalah apabila saya dan Anwar tidak lagi sehaluan. Jadi, saya memutuskan untuk melancarkan Malaysia Today dan tidak lama selepas itu, selepas insiden pada konvensyen parti di Ipoh yang hampir mengakibatkan saya bertumbuk dengan pengawal peribadi Anwar, saya meninggalkan Suara Keadilan bagi mengendalikan Malaysia Todaysepenuh masa.

''Pemimpin PKR anggap saya sebagai seorang yang semberono. Ini kerana saya bukan hanya menghentam UMNO dan BN (Barisan Nasional), tapi juga pembangkang. Itu yang dia orang tak suka,'' katanya.

Menurut beliau, apabila Malaysia Today mendedahkan rahsia dan dokumen sulit tentang sesuatu yang menjejaskan kedudukan kerajaan, tidak ada siapa yang melolong.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails