Pages

Monday, December 20, 2010

ANWAR KEKAL PENERAJU PR.....

Pakatan Rakyat membuat keputusan sebulat suara melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai ahli parlimen.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu di Kepala Batas.

pakatan leaders pc in pakatan 2nd convention 191210 hadiKeputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat Khamis lalu, tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco.

Ia berpunca daripada pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah diciplak oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel.

NONEIa tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu.

Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi.

“Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar,” katanya.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

pakatan 2nd convention 191210 04"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing.

"Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh.

Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini.



[ Pakatan Rakyat telah mengambil kata sepakat agar mengekalkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin mereka No.1. Jelas dan nyata bahawa mereka semua telah termakan kata-kata manis Anwar Ibrahim yang menjanjikan Kerajaan baru tetap akan dilaksanakan. Janji-janji manis perlu di kotakan...Dapat Negeri Selangor KEdah, Pulau Pinang , Kelantan pun x jadi apa pun..x ada perubahan pun yang diberikan...malah merampas HAK MELAYU.....Permatang Pauh sendiri pun tak terubah....masih ada lagi rakyat yang berada didalam Kemiskinan....dan masih ada lagi rakyat yang dipinggirkan......Makin banyak pula Hak Melayu di ganggu gugat .......huhuhu...Ini lah dia pemimpin yang mereka inginkan...MAKAN NASIB ANAK BANGSA SENDIRI.......]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails