Pages

Tuesday, December 21, 2010

Guan Eng perlu cermin diri

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) bukan rakyat Malaysia sebenar dan melabelkan akhbar Utusan Malaysia sebagai ekstremis.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga sepatutnya bertanya pada dirinya sejauh mana beliau telah membuktikan komitmennya sebagai seorang warga Malaysia yang tulen dalam membela nasib rakyat Pulau Mutiara itu, khususnya orang Melayu.

"Cermin diri dulu sebelum tuduh Utusan Malaysia dan BN. Sejauh mana dia amalkan dasar-dasar yang terkandung dalam Perlembagaan dalam membela rakyat Pulau Pinang.

"Sejauh mana juga dia menunjukkan yang dia seorang rakyat dan warganegara bertanggungjawab," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tuduhan Setiausaha Agung DAP itu yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar kerana akhbar itu dituduh menggunakan fahaman ekstremis.
Guan Eng turut melabelkan BN sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar kerana mereka hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.

Selain itu, kata beliau, mereka yang mengamalkan diskriminasi kaum, menganiayai orang lain serta merendahkan martabat orang lain juga boleh dianggap rakyat 'Malaysia celup'.Sementara itu, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sangat kurang ajar dan dan tidak berasas serta tidak sewajarnya diucapkan oleh seorang Ketua Menteri.

"Sebagai pemimpin kepada sebuah parti pelbagai kaum, dia tidak boleh bercakap sedemikian. Yang perkauman adalah DAP kerana dikuasai oleh hanya kaum tertentu, semua orang tahu. Jangan berselindung di sebalik 'daun sehelai.'
"Jangan kurang ajar, orang Melayu ada tahap kesabaran. Tidak cukup lagi ke dia tutup gerai-gerai orang Melayu di Pulau Pinang?

"Jangan lupa negara ini asalnya Persekutuan Tanah Melayu dan sejahat-jahat penjajah British dia tidak pula hapuskan perkara tersebut. Kenapa dia dan DAP boleh bercakap soal kaum Cina, Melayu tak boleh," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails