Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini - hari pertama masuknya tahun 2011.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang.
"Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.
[ Macam tak sabar je kalah....mengatur Strategik awal...supaya Idea PENIPU RAKYAT dalam diterima awal oleh Rakyat Labis. hihih Itu lah tujuan utamanya pun dah tak ada tujuan lain dah pun..selain untuk menyebarkan Idea2 Baru Untuk menipu Pengundi Di Labis , tak lupa jugak untuk menabur janji-janji palsu. Masuk rumah pengundi dari depan sampai belakang konony amelihat sendiri dan mengkaji apa yang diperlukan oleh Pengundi di LABIS....Tapi dari mana datangnya peruntukan Mereka , entah lah......jangan jadi seperti Pulau Pinang dah la....Rakyat diperbodohkan dengan Duit ...kononya bantuan Ehsan untuk warga Emas..tapi bila dapat tahu darimana datangnya bantuan tersebut baru lah mengeluh dan mengatakan bahawa PR mempermainkan MELAYU......Jadi Nasihat kepada pengundi-pengundi di LABIS jangan terlalu cepat untuk menilai dan menerima apa sahaja pemberian yang dihulurkan kepada rakyat LABIS nilai dan kaji dahulu darimana hasil bantuan yang diberikan. Sebab YAHUDI ni ada macam-macam cara untuk menjatuhkan dan melemahkan kita......al maklumlakan...YAHUDI mana kenal HALAL n HARAM.....]
No comments:
Post a Comment