Saya ingin mengulas isu ini bagi memenuhi amanah ilmiah dan ketelusan dalam menjelaskan fakta sebenar yang saya ketahui. Ia bukan bertujuan subjudis, tetapi lebih kepada penjelasan fakta ilmiah dan keadaan yang berlaku yang saya turut hadir.
Saya hadir Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini. Apa yang saya ketahui bukan semua ahli bersetuju untuk menyatakan secara tuntas agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.
Jelasnya, dakwaan bahawa Muzakarah Fatwa Kebangsaan mencapai keputusan sebulat suara dalam hal ini adalah tidak berlaku sama sekali.
Yang berlaku adalah sebahagian ahli muzakarah, termasuk saya, mahukan agar perkara ini diperhalusi dengan lebih mendalam menurut nas al-Quran dan al-Sunnah. Ia adalah keputusan premature(pramatang).
Saya juga mahukan agar kertas ini dihalusi di peringkat fatwa negeri-negeri. Kertas yang disediakan oleh Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didapati tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Dalil yang digunakan adalah tidak tepat pada isunya.
Kertas Panel JAKIM itu hanya menumpukan tentang nas ayat-ayat walayah (kepimpinan) yang melarang Muslim menjadikan non-Muslim sebagai wali atau pembantu dan penolong dalam urusan mereka, sedangkan saya dan beberapa ahli lain berpandangan, hal ini berkaitan soal wakalah (perwakilan), bukannya urusan walayah(kepimpinan).
(Sumber...)
[ Ini lah dia isu yang akan digembar gemburkan oleh pembangkang satu hari nanti yang sememangnya mengidam dan menginginkan agar Undang-Undang Syarie juga dihakimkan oleh NON-MUSLIM...ni aper kes.....Kes Orang ISLAM di HAKIMkan oleh BUKAN Islam.......apakah mereka faham apa yang tertulis Didalam Al-Quran , apakah mereka semua faham ayat-ayat didalam Al-Quran...Hina sangat ke Hakim Islam sampai Non-Muslim pulak nak menghakimi Kes-kes Syarie di Malaysia ni...entah macam mana benda ini jugak untuk dipertikaikan oleh PEMBANGKANG.......]
No comments:
Post a Comment