Saturday, December 18, 2010
Karpal Singh Yang Mula Dedah Sikap Anwar TPM 1997
Pada 6 & 22 Oktober 1997 dan 18 Disember 1997 , Karpal Singh yang pada ketika itu Ahli Parlimen Jelutong, mengemukakan di Parlimen bahawa Anwar melakukan aktiviti homoseks.
Dia mahukan Akuan Bersumpah Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar berhubung salah laku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu disiasat.
Hal ini berlaku lebih kurang setahun sebelum Timbalan Perdana Menteri itu ditendang keluar dari UMNO.
Malah Karpal Singh telah bertemu dengan Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar bagi mengorek tentang perkara ini dan pada ceramah DAP di Federal Hotel, dia mengaku mempunyai bukti dan saksi akan kesalahan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.
Demi wang, DAP mengamalkan politik kotor dengan menjilat Anwar dan Karpal Singh dengan prinsip putar belit yang menjadi mainannya, beralih menyokong Anwar sebagai peguam belanya selang beberapa waktu selepas Anwar ditendang.
Anwar ditendang melalui salah laku seksnya yang dibongkar Karpal Singh dan Karpal Singh tiba-tiba menjadi peguam bela Anwar selepas Anwar ditendang keluar.
Inikah prinsip DAP? Moraliti diketepikan? Asalkan Melayu dapat ditentang? Inikah manusia bertamadun?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment