Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan berkemungkinan kerana pemimpin BN takut akibat terlibat dengan 'skandal besar' negara?
Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.
Demikian kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengulas pergantungan empat pemimpin utama Pakatan dari PKR dan DAP semalam dari DEwan Rakyat.
Mereka yang digantung selama enam bulan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Karpal Singh (Bukit Gelugor), Azmin Ali (Gombak) dan R Sivarasa (Subang).
PAS, katanya, menganggap kebimbangan berlebihan Umno dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia.
PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di
parlimen sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu.
[ Sesedap mulut jer Haprakdaily mengata......huhuhu...entah la...hubungan sulit diantara DSAI dengan agen Israel ape cerita..x ada siapa pun nak bongkar......Hubungan anwar Ibrahim dengan CIA pun x ada siapa nak bongkar dalam PR.......sekrang ni nak tuduh kerajaan pulak ada hubungan dengan Israel APCO......hahahha....tu orang x faham apa tujuan.....pastu main cakap......kenapa x bidas laporan wikilakes......isu liwat anwar ibrahim.....dah terbukti ada kebenaranya........itu korang nak cakap ape.....kerajaan bagi peruntukan........untuk buat report semua tu..........hahahha....sennag pemkiran korang semua......]
No comments:
Post a Comment