Pages

Tuesday, December 1, 2009

Perlu letak jawatan

Penganalisis politik menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan berikutan tindak-tanduk politik beliau yang semakin menyeleweng daripada ideologi parti sehingga mencetuskan kegelisahan umat Islam.

Menurut mereka, jika Menteri Besar Kelantan itu tidak berundur, dikhuatiri parti itu semakin lemah dan bakal berkubur khasnya di Kelantan.

Kata mereka, Pas 'hilang maruah' apabila Nik Abdul Aziz sanggup membiarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' orang bukan Islam khasnya pemimpin DAP demi kelangsungan hayat politiknya.

Prof. Datuk Zainal Kling berkata, Mursyidul Am Pas itu sudah mula memesongkan ahli Pas supaya turut mengikut telunjuk orang bukan Islam demi menjaga hati mereka.

Sambil memberi contoh beberapa isu berkaitan kepentingan orang Islam di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Nik Abdul Aziz tidak membela Islam tetapi sebaliknya mencari helah mempertahan pemimpin DAP yang menghina Islam dengan alasan 'mereka tidak faham Islam'. (Baca Lagi)

Kini jelas dan nyata bahawa Nik Aziz yang diagungkan oleh rakyat yang menyokong Pakatanrakyat hanya lah kambing hitam tunganggan Pembangkang untuk mengaburi mata rakyat Malaysia melalui Agama Islam. Adakah Nik Aziz layak dipanggil DAJJAL??.....Makhluk PEROSAK..????atau sebalinya.Ahli Pas seharusnya meneliti secara mendalam perkembangan kepimpinan parti tersebut yang sudah tersasar daripada perjuangan asal untuk memartabatkan Islam.Pendapat akak ini juga turut d disokong oleh Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mustafa Ishak yang menyatakan tempoh 18 tahun sudah terlalu lama untuk Nik Abdul Aziz berkuasa dan wajar bersara daripada politik.Bukan itu sahaja , tindakan Nik Abdul Aziz mendoakan orang lain ditimpa bala sudah membuktikan bahawa beliau bukan lagi ulama atau pemimpin Islam tulen. Akak ingin menyatakan bahawa Ciri-ciri seorang pemimpin sudah tidak ada lagi pada Nik Aziz . Ini jelas menunjukan bahawa Nik Aziz dah Nyanyuk.....kalau dia seorang tak pe la lagi...ini cuba lihat posting akak berkenaan dengan Persidangan DUN Perak yang lepas. Lihat pengikut yang terlalu taksub dengan Nik Aziz , sama juga . Mendoakan agar orang lain ditimpa bala. Ini bukan sahaja memberikan imej buruk kepada ISLAM di Malaysia , malah tindakan ini sudah mencontengkan arang yang hitam kepada seluruh Orang Islam di seluruh dunia. Fikir-fikirkan la wahai rakyat Malaysia......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails