Pages

Thursday, December 10, 2009

Apakah Ertinya Ini Semua......



Belum pun reda isu pemimpin DAP memberikan salam dan membaca ayat suci al-Quran dalam majlis-majlis ceramah anjuran mereka, kini wakil rakyat bukan Islam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mengaku beliau pernah bertakbir raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai berkata, perbuatan tersebut dilakukan sehari sebelum Aidilfitri lalu.

"Memang saya pernah ikut bertakbir sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Tetapi saya tak pasti gambar itu ada dalam Youtube atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. ( Baca Lagi )

Mereka tidak lagi menghormati sensitiviti umat Islam dan sanggup memperalatkan Islam kerana semakin terdesak untuk memenangi semula sokongan orang Melayu, katanya.
Pada Hari Raya Aidil Fitri yang lepas, berlaku sebuah Masjid di Sungai Rambai, Bukit Mertajam Pulau Pinang ditahan bertakbir. Adat Masjid ini adalah mengamalkan takbir satu malam pada malam raya Aidil Fitri. Mereka telah diarah polis yang diperintah oleh pihak tertentu yang didapati adalah kaum Cina DAP.

Demi politik, mereka ini sanggup berpura-pura mendekatkan diri dengan orang Melayu Islam tapi sebenarnya mereka membenci Islam. Semasa tenagh mengambil hati orang Melayu, mereka boleh mempersoalkan status dan hak agama Islam sebagai agama Persekutuan dan hak keistyimewaan orang Melayu.

Jangan tertipu!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails