Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya diadakan satu semakan kehakiman bagi mencabar kenyataan bertulis pendakwaan bahawa tidak ada sebarang fakta yang memihak kepadanya yang boleh dibekalkan kepada beliau dalam kes liwat terhadapnya, akan diputuskan 5 Januari ini. Hakim Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas mendengar hujah peguam Anwar, Edmund Bon, dan Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi di sini, semalam. Anwar memohon agar mahkamah mengadakan semakan kehakiman bagi mengetepikan kenyataan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria, bahawa tidak ada sebarang fakta yang memihak kepada pembelaan dalam kes itu. (Baca Lagi)
Jika dilihat dari prosiding mahkamah didalam membicarakan kes Liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari yang banyak meminta penangguhan adalah pihak Anwar Ibrahim .....Bukan mahkamah....Ini menunjukan bahawa Anwar sedang merancang sesuatu untuk memutar belitkan Mahkamah dengan bukti yang telah mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim pernah meliwat Muhammad Saiful Bukhari pada 26 Jun tahun lalu. Secara adilnya Mahkamah memberikan masa dan peluang untuk Anwar membela diri bersama peguam-peguamnya yang telah dilantik oleh beliau untuk fight kes liwatnya. Namun peluang yang diberi tetap tidak cukup untuk Anwar membela nasibnya yang sememangnya terlibat dengan kes tersebut. Ini kerana pada 5 januari 2010. Akak percaya mahkamah akan meneruskan proses seterusnya untuk membuktikan bahawa Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari............pada masa tu kita akan melihat pelbagai pihak akan melemparkan pelbagai tomohan terhadap sistem penghakiman Negara. Contohnya seperti menyatakan sistem pengadilan negara adalah berat sebelah.....serta Kerajaan telah menyusun agenda untuk menyekat DSAI dari terus merobek pemikiran rakyat..........TUNGGU DAN LIHAT.......
No comments:
Post a Comment