Pages

Monday, October 11, 2010

PAS MOHON AKTA KAMPUNG TRADISI

PAS mahu satu akta khusus mengenai kampung tradisi khususnya di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar besar lain diwujudkan bagi mengelakkan kampung-kampung ini hilang ditelan pembangunan dan pemodenan.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, ahli Parlimen PAS akan membawa isu itu untuk dibahaskan di persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula hari ini.
"Sudah sampai masanya ada satu akta khusus untuk kampung warisan yang kita boleh kenali sebagai akta kampung warisan atau kampung tradisi dan perlu kepada suatu jaminan kewujudan mereka supaya tidak tertinggal atau hapus oleh cabaran zaman," kata beliau yang ditemui di majlis pengisytiharan kampung-kampung tradisi Melayu sebagai Kampung Warisan, dekat sini, semalam.
Majlis pengisytiharan itu dianjurkan oleh Muafakat Kampung-kampung Tradisional (Muafakat) sempena sambutan dirgahayu 150 tahun Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur. (HARAKAH DAILY)







Dasar dilahirkan sebagai TALAM DUA MUKA.......apabila melihat bagaimana Cina Guan Eng mentadbir pulau pinang yang kini seperti mini singapore baru lah bahawa mereka sedar bahawa tidak mustahil sekirangnya ada Kaum Cina yang memerinta negara satu masa akan datang kelantan juga akan menjadi seperti Pulau Pinang. 
Kononya akta tersebut mampu mempertahankan kampung-kampung lama khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Tetapi adakah mereka terlupa bahawa Pulau Pinang itu juga adalah sebuah bandar besar , tetpi apa telah jadi keatas orang Melayu di Pulau Pinang. Tak ubah seperti Mini Singapura. 

"Jangan tunding jari pada kerajaan sewenang-wenang menuduh yang tidak betul  Kerajaan tidak menjalankan tugas menjaga rakyat , tetapi tolong kaji bagai mana Negeri Pulau Pinang jadi sedemikian. Kerana tamakkan harta rakyat, mereka terlupa akan kebajikan rakyat di Pulau Pinang.Ini lah antara sebab mengapa Pas mohon kepada kerajaan agar diwujudkan akta tersebut.wakakakaka penakut jugak pada bayang-bayang sendiri dan sekutu denganya...."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails