Pages

Saturday, October 23, 2010

PAS Kecut Telur Di DUN Galas Kelantan

Bila dapat tahu PAS pusat menyarankan supaya BN berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS di DUN Galas Gua Musang Kelantan atas alasan perpaduan melayu amat melucukan  dan sempit.Bukan kah PAS pernah menolak untuk  bergabung dengan umno demi perbaduan melayu.Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan melayu mengelakan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua dua parti induk orang melayu
Katanya lagi:Adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihanraya kecil itu jika ingin melihat perpaduan  dikalangan  orang melayu yang menjadi agenda utama Negara
Jika dilihat pada geo politik di  parlimen Gua musang  .BN lebih kukuh dari PAS ,kerana dua dun yang berada di bawah parlimen Gua Musang dikuasaI oleh BN iatu Nenggiri dan Paloh hanya satu dikuasai oleh pas iatu dun Galas
Nampaknya pas kecut telor  untuk menghadapi PRK galas dan  merayu atas dasar perpaduan melayu.bila UMNO  inginkan PAS  bersatu demi melayu,mereka menolak mentah-mentah malah memperlekehkan dengan kata –kata sinis yang pedih dan tak mungkin UMNO akan melakukan apa kehendak pas
PAS juga mengharap mood Tengku Razaleigh/Ku Li”Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini,”kata: Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun
Nampaknya Abdul Fatah Harun terlupa bahawa Ku Li berkata, beliau akan berusaha merampas DUN Galas dari PAS.Siapa tak kenal Ku Li yang mempunyai semangat juang yang tinggi,PAS jangan mengharap mood Ku Li  yang  menyokong isu tuntutan hak royalty minyak ,ini kerana Merampas DUN Galas adalah merupakan cita-cita Ku Li selepas Galas berada ditangan PAS pada pilihan raya umum 2008,
Pada PRU 2008 ,, Che Hashim( arwah)memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.
Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asail (2,000).
Dengan majoriti 646 berpehak pada PAS Pada  2008 tidaklah sekukuhmana,ini kerana jentera-jentera parti BN seluruh Malaysia akan membantu mempastikan kemenagan di DUN Galas sekaligus kemenangan Ku Li
Tidak lah cerdik kenyataan Datuk Takiyuddin Hassan mengeluarkan satu saranan agar BN menyerahkan DUN Galas pada PAS tampa mengadakan PRK atas alasan perpaduan Melayu ,ia sebenarnya bukan saranan,;sebaliknya satu rayuan kerana pehak PAS tidak berkeyakinan merampas balik DUN Galas

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails