Perhatian kini bertumpu sepenuhnya pada move Datuk Zaid Ibrahim.Ini setelah harapan untuk menjadikan Nurul Izzah sebagai ayam tambatannya berentap di arina Timbalan Presiden PKR tiba-tiba lenyap bila anak Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak layak bertanding jawatan itu.
Samada beliau memberi reaksi segera atau tidak langkah Zaid dalam percaturan pemilihan PKR akan diketahui pada Sabtu 16 Oktober – tiga hari dari sekarang, yakni tarikh tutup dimana semua calon perlu mengesahkan penerimaan pencalonan dan jawatan yang hendak ditandingi.
Soalnya apakah Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini nak tunggu hingga saat akhir untuk respon setelah menghadapi fiasco Nurul Izzah.
Zaid kini mempunyai tiga pilihan samaada menarik diri dari bertanding,terus bertanding Timbalan Presiden atau naik lagi atas bertanding jawatan Presiden.
Ini yang menjadi teka teki semua ahli PKR sekarang.
Lojiknya kalau beliau memegang pada janji asalnya tidak akan bertanding jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masuk jawabnya tinggal dua pilihan saja baginya – tarik diri atau tanding jawatan Presiden.
Kalangan yang rapat dengan Zaid dan tahu stailnya ‘ yang tak peduli sapa’ lebih meletakan taruhan mereka beliau akan langgar jawatan nombor satu.
Zaid dikatakan mahu sangat berentap dengan Anwar yang turut dicalonkan untuk jawatan Presiden.
Masalahnya bagaimana dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail?
Anwar sendiri berkali-kali kata beliau tidak mahu bertanding apa-apa jawatan kerana nak kekal sebagai Ketua Umum PKR saja.
Sanggupkah Zaid langgar Wan Azizah?
Ada juga pemerhati PKR meragui kemungkinan itu.
Cuma ada satu ruang kecil pada kemungkinan Zaid bertanding juga Timbalan yakni Khalid tarik diri.
Menteri Besar Selangor itu ketika mengumumkan hajatnya bertanding jawatan itu telah menyerahkan kepada jawatankuasa pelobinya menentukan disaat akhir nanti perlu ke tak perlu beliau terus bertanding.
Namun melihat pada setup jenteranya yang serba serbi lengkap kemungkinan beliau tarik diri nampak macam kabur.
Ada juga yang membuat andaian orang yang paling tersepit dalam percaturan pemilihan PKR sekarang ialah Zaid.
Beliau tiba-tiba nampak keseorangan.
Ikut ceritanya ramai kalangan ahli PKR yang masih blur mengapa beliau jolok Nurul agar bertanding jawatan Timbalan.
Tidak ramai yang dapat baca nawaitu beliau.
Ada yang kata Nurul sendiri seram sejuk dibuatnya kerana lebih berminat nak bertanding jawatan Naib Presiden.
Malah pengumuman beliau tiada kelayakan bertanding jawatan Timbalan kerana cuma dapat satu pencalonan saja ( wajib dua) dianggap satu blessing .
Sumber PKR memberitahu rating Khalid tiba-tiba naik mendadak kebelakangan ini melihat pada nama-nama mereka yang backing beliau.
Nurul dikatakan salah seorang darinya.Juga jangan lupa pada Wan Azizah yang diketahui ‘ banyak kurang’ dengan Azmin.
Sekalipun mendapat pencalonan terbanyak sekali Azmin dikatakan jadi makin tak senang duduk dengan perkembangan terbaru ini walaupun nampak tenang-tenang terbang menghadiri program bersama Anwar ke Jakarta.
Mungkinkah Zaid angkat bendera putih dan mengerakan jenteranya backing habis Khalid untuk menentang Azmin bagi jawatan nombor dua?
Zaid sudah kata beliau sanggup tarik diri jika Nurul bertanding Timbalan.Beliau juga pernah berjanji tak bertanding jika Khalid masuk.
Soalnya mahukah Zaid yang sampai ke hari ini masih terus mengadakan ‘ pertemuan ramah mesra’ dengan orang-orang di cabang PKR di sana sini tiba-tiba giveup .
Makanya jangan tolak kemungkinan beliau memilih ‘ mati bergaya’…
No comments:
Post a Comment