Pages

Sunday, October 31, 2010

Pelajar Menjadi Sasaan Pebangkang


Seramai empat orang pelajar daripada kumpulan "Jentera Mahasiswa PRK Galas" hari ini ditahan selepas membuat satu sidang media di Gua Musang.

Kumpulan seramai 200 orang itu tiba pagi ini di Gua Musang sebagai pemerhati dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Keempat-empat pelajar berkenaan ditahan pada kira-kira jam 1.50 hari ini ketika mengedarkan risalah di bandar lama Gua Musang.

Wakil dari kumpulan terbabit Shukri Kamaruddin berkata, pihak polis yang mendekati kumpulan mahasiswa terbabit telah mengarahkan kesemua mereka supaya pergi ke IPD Gua Musang.


131010 kuala selangor pkr election counting 

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata peratusan keluar mengundi yang rendah pada hari pertama pemilihan parti, antaranya mungkin disebabkan oleh bahang kehangatan pemilihan jawatan kanannya tidak sampai ke peringkat cabang.

"Apa yang berlaku sekarang tidak menggambarkan seperti mana pemilihan di peringkat cabang dahulu," kata Saifuddin ketika ditanya sebab-sebab berlakunya fenomena itu.

NONESemalam, semakanMalaysiakini mendapati, daripada sembilan cabang yang mengadakan pemilihan jawatan dalam majlis pimpinan pusat PKR, peratusan keluar mengundi amat sedikit.



Contohnya, di Pokok Sena, daripada 314 anggota, hanya 24 orang sahaja yang hadir mengundi.

Ketika dihubungiMalaysiakini petang ini, Saifuddin menjelaskan, setakat semalam, hanya 15 hingga 20 peratus sahaja anggota parti itu yang turun memilih calon-calon yang bertanding.



[ Ini telah cukup membawa maksud bahwa  rakyat sudah tidak mempercayai kpimpinan PKR baik dimana-mana cabang sekali pun. sebab  itu perausan yang keluar mengundi bolehh dikirakan kentut. wakakaka sedih dan menyayat hati sungguh. Peratusan akan semakin berkurangan apabila Parti Pembngkang mengalami kekalahan di Galas nanti. Kalau tak  percaya kita aakan lihat nanti.]

Thursday, October 28, 2010

Anwar Ramai Teman Lelaki & Wanita Di Indonesia

Batu Sapi : Tidak puas hati pemilihan calon PKR, bertumbuk di lapangan terbang

Tamrin-AnsariKerana tidak puas hati dengan pemilihan calon PKR pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di parlimen Batu Sapi, penyokong-penyokong Ahmad Tamrin Jaini (Pengerusi PKR Sabah) bertumbuk dengan penyokong-penyokong Ansari Abdullah di lapangan terbang Sandakan Sabah.

Malaysiaaktif.com melaporkan sebaik sahaja Anwar mengumumkan nama Ansari sebagai calon PKR, ramai penyokong-penyokong Ahmad Tamrin bertindak keluar Dewan Komunity Persatuan Hakka Sandakan,
sebagai memprotes pemilihan calon itu, walaupun ketika itu Anwar masih berada di dalam dewan tersebut.
Anwar yang menyedari protes tersebut kemudiannya terus bergegas ke Lapangan Terbang Sandakan untuk segera kembali ke Semenanjung, namun kedua-dua penyokong kumpulan itu telah bertumbuk di lapangan terbang dengan disaksikan oleh Anwar sendiri.

Panggungopera.blogspot.com melaporkan Ahmad Tamrin sendiri tersungkur dipukul oleh orang-orang Ansari.

Yong Teck Lee, calon SAPP di Parlimen Batu Sapi pula berkata, "walaupun SAPP sudi berkawan dengan PKR dan BN, ia tidak bersedia untuk "berkahwin" dengan PKR.

"Kita boleh menjadi kawan tapi macam mana kita nak "berkahwin" dengan PKR sedangkan keluarga mereka sentiasa bergaduh.

Bolehkah kita berkahwin dengan keluarga yang selalu bergaduh?

"Lihat apa yang terjadi di lapangan terbang dua hari lalu apabila mereka bertumbuk sesama sendiri kerana merebut pencalonan," kata Yong.

"Adakah anda fikir Anwar Ibrahim akan menghormati orang-orang Sabah apabila mereka berkelakuan seperti ini?

"Adakah anda fikir Anwar akan menghormati kita pada masa depan apabila kita bergaduh sesama sendiri, hanya untuk mendapatkan pengesahan daripadanya?" soal Yong lagi seperti yang dilaporkan FMT.

Agendadaily.com pula mendedahkan terdapat strategi halus Anwar mencalonkan Ansari yang telah berkali-kali tewas dalam pilihanraya di Sabah, sedangkan Anwar mempunyai pilihan mencalonkan Tamrin yang lebih berpotensi untuk menang.

Rumus Agendadaily strategi halus Anwar itu adalah untuk memastikan kemenangan Yong Teck Lee dengan mengorbankan Ansari Abdullah yang dikenali sebagai muka bengis, keras kepala dan disukai oleh penduduk setempat.

"Hati-hati dengan pencaturan halus antara Anwar dengan Yong Teck Lee", tulis Agendadaily.

Sunday, October 24, 2010

Jangan takut gertakan Najib


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, biarlah Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap ikut rentaknya sendiri sebelum bersara sebagai Perdana Menteri yang keenam apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.
"Biarkan Najib bercakap ikut rentak sendiri kononnya mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan nyawa dan badannya. Ini menunjukan dia dah bimbang, cuma takut nak khabarkan," ujarnya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tabung DAP di Raja Uda, malam tadi.
Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, jika rakyat mahukan pembaharuan dalam pentadbiran, mereka perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke pusat pentadbiran negara buat pertama kali dalam sejarah.
Katanya, kemegahan seorang Perdana Menteri harus dikikis seandainya mahu menjiwai rakyat jelata, bukan menambah parah kewangan negara dengan memperelokan penginapan rumah sehingga RM65 juta.
"Rakyat sudah muak dengan kelakuan Perdana Menteri sama ada yang lepas atau pun yang kini sedang memerintah negara.  Habis wang rakyat digunakan untuk kepentingan diri dan keluarga," tegas beliau.
Sekarang ini, kata Anwar, bukan isu pengubahsuaian rumah Perdana Menteri sahaja hangat diperkatakan malahan tanah perkuburan baru sebelah Makam Negara yang menempatkan 250 orang Islam dan kenamaan bukan Islam menelan belanja RM70 juta.

[ Ketua PKR Al-Juburi Anwar Ibrahim dah mla nak merepek lagi dah tak ada isu lain untuk dihangatkan....isu tanah perkuburan pun nak dimainkan. Siapa yang gertak siapa? Ke dah talut nak ke Putrajaya setelah macam-macam lagi orang report DSAI pernah tiduri dan menjuburi?...]

TPM umum RM200 juta untuk kebajikan guru

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk digunakan sebagai satu tabung untuk kebajikan guru-guru melalui penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

Langkah itu akan dijalankan melalui pengambilalihan Kumpulan Wang Simpanan Guru sedia ada, katanya.

Tambahnya, satu rang undang-undang akan dibawa "seberapa segera" ke Parlimen untuk membolehkan usaha itu dijalankan.

Katanya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menambahkan dana sebanyak RM10 juta untuk membiayai aktiviti yayasan berkenaan.

Muhyiddin (kanan) yang juga timbalan presiden Umno mengumumkan demikian dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung parti itu hari ini.

Dalam ucapannya itu, beliau turut mengumumkan supaya matapelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013.

Katanya, tempoh itu diberikan untuk memberi ruang bagi menyediakan pelajar dan guru-guru bagi menghadapi keadaan baru itu.

Tambahnya, mata pelajaran itu sebelum ini hanya diwajibkan untuk diambil tetapi tidak diwajibkan untuk lulus.

"Kena bagi masa sedikit kalau tidak terkejut," kata Muhyiddin lagi dalam ucapannya di PWTC hari ini.

Saturday, October 23, 2010

Akhlak

Akhlak berasal dari kata “akhlaq” yang merupakan jama’ dari “khulqu” dari bahasa Arab yang artinya perangai, budi, tabiat dan adab. Akhlak itu terbagi dua yaitu Akhlak yang Mulia atau Akhlak yang Terpuji (Al-Akhlakul Mahmudah) dan Akhlak yang Buruk atau Akhlak yang Tercela (Al-Ahklakul Mazmumah).
Akhlak yang mulia, menurut Imam Ghazali ada 4 perkara; yaitu bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan kekuatan hawa nafsu) dan bersifat adil. Jelasnya, ia merangkumi sifat-sifat seperti berbakti pada keluarga dan negara, hidup bermasyarakat dan bersilaturahim, berani mempertahankan agama, senantiasa bersyukur dan berterima kasih, sabar dan rida dengan kesengsaraan, berbicara benar dan sebagainya. Masyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan tamadun dan kejayaan yang diridai oleh Allah Subhanahu Wataala. Seperti kata pepatah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei: “Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu”.
Akhlak yang mulia yaitu akhlak yang diridai oleh Allah SWT , akhlak yang baik itu dapat diwujudkan dengan mendekatkan diri kita kepada Allah yaitu dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan semua larangannya, mengikuti ajaran-ajaran dari sunnah Rasulullah, mencegah diri kita untuk mendekati yang ma’ruf dan menjauhi yang munkar, seperti firman Allah dalam surat Al-Imran 110 yang artinya “Kamu adalah umat yang terbaik untuk manusia, menuju kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah”
Akhlak yang buruk itu berasal dari penyakit hati yang keji seperti iri hati, ujub, dengki, sombong, nifaq (munafik), hasud, suudzaan (berprasangka buruk), dan penyakit-penyakit hati yang lainnya, akhlak yang buruk dapat mengakibatkan berbagai macam kerusakan baik bagi orang itu sendiri, orang lain yang di sekitarnya maupun kerusakan lingkungan sekitarnya sebagai contohnya yakni kegagalan dalam membentuk masyarakat yang berakhlak mulia samalah seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini, sebagai mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surat Ar-Ruum ayat 41 yang berarti: “Telah timbul pelbagai kerusakan dan bencana alam di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleb tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) karena Allah hendak merusakan mereka sebagai dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
ISLAM MENGUTAMAKAN AKHLAKMungkin banyak diantara kita kurang memperhatikan masalah akhlak. Di satu sisi kita mengutamakan tauhid yang memang merupakan perkara pokok/inti agama ini, berupaya menelaah dan mempelajarinya, namun disisi lain dalam masalah akhlak kurang diperhatikan. Sehingga tidak dapat disalahkan bila ada keluhan-keluhan yang terlontar dari kalangan awam, seperti ucapan : “Wah udah ngerti agama kok kurang ajar sama orang tua.” Atau ucapan : “Dia sih agamanya bagus tapi sama tetangga tidak pedulian…”, dan lain-lain.
Seharusnya ucapan-ucapan seperti ini ataupun yang semisal dengan ini menjadi cambuk bagi kita untuk mengoreksi diri dan membenahi akhlak. Islam bukanlah agama yang mengabaikan akhlak, bahkan islam mementingkan akhlak. Yang perlu diingat bahwa tauhid sebagai sisi pokok/inti islam yang memang seharusnya kita utamakan, namun tidak berarti mengabaikan perkara penyempurnaannya. Dan akhlak mempunyai hubungan yang erat. Tauhid merupakan realisasi akhlak seorang hamba terhadap Allah dan ini merupakan pokok inti akhlak seorang hamba. Seorang yang bertauhid dan baik akhlaknya berarti ia adalah sebaik-baik manusia. Semakin sempurna tauhid seseorang maka semakin baik akhlaknya, dan sebaliknya bila seorang muwahhid memiliki akhlak yang buruk berarti lemah tauhidnya.
RASUL DIUTUS UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK Muhammad shalallahu ‘alaihi wa salam, rasul kita yang mulia mendapat pujian Allah. Karena ketinggian akhlak beliau sebagaimana firmanNya dalam surat Al Qalam ayat 4. bahkan beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam sendiri menegaskan bahwa kedatangannya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia, “Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45 dan beliau menshahihkannya).
Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu seorang sahabat yang mulia menyatakan: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah manusia yang paling baik budi pekertinya.” (HR.Bukhari dan Muslim).
Dalam hadits lain Anas memuji beliau shalallahu ‘alahi wasallam : “Belum pernah saya menyentuh sutra yang tebal atau tipis lebih halus dari tangan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Saya juga belum pernah mencium bau yang lebih wangi dari bau Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah shalallahu ‘alahi wa sallam, belum pernah saya dibentak atau ditegur perbuatan saya : mengapa engkau berbuat ini ? atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu ?” (HR. Bukhari dan Muslim).
Akhlak merupakan tolak ukur kesempurnaan iman seorang hamba sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam : “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR Tirmidzi, dari abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, diriwayatkan juga oleh Ahmad. Disahihkan Al Bani dalam Ash Shahihah No.284 dan 751). Dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdillah bin amr bin Al ‘Ash radhiallahu ‘anhuma disebutkan : “Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.”
KEUTAMAAN AKHLAK
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu mengabarkan bahwa suatu saat Rasulullah pernah ditanya tentang kriteria orang yang paling banyak masuk syurga. Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.” (Hadits Shahih Riwayat Tirmidzi, juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Lihat Riyadus Sholihin no.627, tahqiq Rabbah dan Daqqaq).
Tatkala Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menasehati sahabatnya, beliau shalallahu ‘alahi wasallam menggandengkan antara nasehat untuk bertaqwa dengan nasehat untuk bergaul/berakhlak yang baik kepada manusia sebagaimana hadits dari abi dzar, ia berkata bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :“Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi kejelekan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi, ia berkata: hadits hasan, dan dishahihkan oleh syaikh Al Salim Al Hilali).
Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat dari pada akhlak yang baik, sebagaimana sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam : “ Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik.” (HR. Abu Daud dan Ahmad, dishahihkan Al Bani. Lihat ash Shahihah Juz 2 hal 535). Dari Jabir radhiallahu ‘anhu berkata : Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku majelisnya di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.” (HR. Tirmidzi dengan sanad hasan. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban. Lihat Ash shahihah Juz 2 hal 418-419).
Dari hadits-hadits di atas dapat dipahami bahwa akhlak yang paling baik memiliki keutamaan yang tinggi. Karena itu sudah sepantasnya setiap muslimah mengambil akhlak yang baik sebagai perhiasannya. Yang perlu diingat bahwa ukuran baik atau buruk suatu akhlak bukan ditimbang menurut selera individu, bukan pula hitam putih akhlak itu menurut ukuran adat yang dibuat manusia. Karena boleh jadi, yang dianggap baik oleh adat bernilai jelek menurut timbangan syari’at atau sebaliknya.
Jelas bagi kita bahwa semuanya berpatokan pada syari’at, dalam semua masalah termasuk akhlak. Allah sebagai Pembuat syari’at ini, Maha Tahu dengan keluasan ilmu-Nya apa yang mendatangkan kemashlahatan/kebaikan bagi hamba-hamba-Nya. Wallahu Ta’ala a’lam.

PAS Kecut Telur Di DUN Galas Kelantan

Bila dapat tahu PAS pusat menyarankan supaya BN berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS di DUN Galas Gua Musang Kelantan atas alasan perpaduan melayu amat melucukan  dan sempit.Bukan kah PAS pernah menolak untuk  bergabung dengan umno demi perbaduan melayu.Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan melayu mengelakan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua dua parti induk orang melayu
Katanya lagi:Adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihanraya kecil itu jika ingin melihat perpaduan  dikalangan  orang melayu yang menjadi agenda utama Negara
Jika dilihat pada geo politik di  parlimen Gua musang  .BN lebih kukuh dari PAS ,kerana dua dun yang berada di bawah parlimen Gua Musang dikuasaI oleh BN iatu Nenggiri dan Paloh hanya satu dikuasai oleh pas iatu dun Galas
Nampaknya pas kecut telor  untuk menghadapi PRK galas dan  merayu atas dasar perpaduan melayu.bila UMNO  inginkan PAS  bersatu demi melayu,mereka menolak mentah-mentah malah memperlekehkan dengan kata –kata sinis yang pedih dan tak mungkin UMNO akan melakukan apa kehendak pas
PAS juga mengharap mood Tengku Razaleigh/Ku Li”Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini,”kata: Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun
Nampaknya Abdul Fatah Harun terlupa bahawa Ku Li berkata, beliau akan berusaha merampas DUN Galas dari PAS.Siapa tak kenal Ku Li yang mempunyai semangat juang yang tinggi,PAS jangan mengharap mood Ku Li  yang  menyokong isu tuntutan hak royalty minyak ,ini kerana Merampas DUN Galas adalah merupakan cita-cita Ku Li selepas Galas berada ditangan PAS pada pilihan raya umum 2008,
Pada PRU 2008 ,, Che Hashim( arwah)memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.
Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asail (2,000).
Dengan majoriti 646 berpehak pada PAS Pada  2008 tidaklah sekukuhmana,ini kerana jentera-jentera parti BN seluruh Malaysia akan membantu mempastikan kemenagan di DUN Galas sekaligus kemenangan Ku Li
Tidak lah cerdik kenyataan Datuk Takiyuddin Hassan mengeluarkan satu saranan agar BN menyerahkan DUN Galas pada PAS tampa mengadakan PRK atas alasan perpaduan Melayu ,ia sebenarnya bukan saranan,;sebaliknya satu rayuan kerana pehak PAS tidak berkeyakinan merampas balik DUN Galas

Friday, October 15, 2010

ANWAR LIWAT TAK PAKAI KONDOM

muka_hadapan2

Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa semasa merekodkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun, 2008, mangsa itu memberitahu bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dua bulan sebelum tarikh itu, tanpa menggunakan kondom.
Dr Siew berkata Mohd Saiful memaklumkan kepadanya bahawa Anwar tidak menggunakan kekerasan terhadapnya dan menggunakan bahan pelincir (KY Jelly) semasa proses meliwat itu.

"Selepas Mohd Saiful memberitahu dia diliwat, saya bertanya kepadanya sama ada kondom telah digunakan, Mohd Saiful menjawab tidak, tapi katanya bahan pelincir telah digunakan," kata Dr Siew

Doktor itu berkata beliau membuat keputusan secara konklusif berdasarkan keputusan empat sapuan yang diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful semasa pemeriksaan perubatan pada 28 Jun, 2008, beliau mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki.

"Berdasarkan laporan itu dan mengetahui lokasi tempat sampel itu diambil, sekarang saya boleh mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki," kata Dr Siew, 40, saksi ketiga, pakar forensik yang berpengalaman mengendalikan antara 200 dan 300 kes forensik dan menyelia 20 kes liwat.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, sama ada liwat boleh berlaku tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan pada kawasan dubur mangsa, Dr Siew berkata perkara itu boleh berlaku sekiranya bahan pelincir digunakan atau kejadian itu lewat dilaporkan kepada doktor.

"Ini berkemungkinan terjadi apabila perbuatan itu tidak melibatkan kekerasan atau sanggahan," kata Dr Siew.

Seterusnya, saksi keempat pendakwa, Dr Khairul Nizam Hassan, pakar penjagaan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), turut memberi keterangan di mahkamah hari ini.

Dr Khairul Nizam berkata penetrasi (proses kemasukan) alat kelamin lelaki telah berlaku berikutan penemuan air mani lelaki pada bahagian 'periannal, low rectal dan highrectal' Mohd Saiful.

Dalam keterangannya, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap Mohd Saiful, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menangguhkan pemeriksaan balasnya terhadap tiga doktor itu kepada 25 Oktober.

Sebelum ini, Karpal juga turut menangguhkan pemeriksaan balas Dr Mohd Razali Ibrahim, pakar bedah HKL.

Pada 3 Jun lalu, Dr Razali merumuskan walaupun ketiadaan koyakan, tetapi kewujudan air mani di dubur mangsa (Mohd Saiful) sudah memadai untuk merumuskan wujudnya penetrasi (tembusan).

Prosiding hari ini sepatutnya diteruskan dengan pemeriksaan balas Karpal terhadap Dr Razali, namun setelah perbincangan di Kamar Hakim di antara pihak pendakwa dan pihak penguambela, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju pemeriksaan balas ke atas Dr Razali ditangguhkan lagi tetapi disambung dengan keterangan saksi ketiga, Dr Siew Sheue Feng dan saksi keempat,Dr Khairul Nizam Hassan.

Sebelum, Dr Siew memberi keterangan, Karpal berusaha mengalihkan topik dengan memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengusulkan prosiding menghina terhadap individu tertentu (Rahimi) berhubung kenyataan yang dibuat kepada media.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah meluluskan permohonan Karpal untuk memfailkan permohonan rasmi bagi mendapatkan prosiding menghina mahkamah.


Agenda zionis terselindung di sebalik kecaman Anwar terhadap DEB

Dalam buku national BestSeller bertajuk "World On Fire" karangan Amy Chua, Penulis telah memuji Malaysia kerana melakukan sistem yang memberi kekuatan dan menguntungkan bumiputera tempatan melalui plan DEB (Dasar Ekonomi Baru) .

Dalam buku tersebut, beliau menerangkan tentang bagaimana sistem kapitalisme berkuasa melalui globalisasi dan demokrasi.
Menurut Amy Chua, golongan minoriti yang menguasai ekonomi golongan majoriti berlaku di mana-mana negara. Sebagai contoh, orang Yahudi yang merupakan golongan minoriti menguasai ekonomi Rusia dan Amerika Syarikat.

Situasi ini juga berlaku di Malaysia dan Indonesia, apabila orang Cina menguasai hampir 60% ekonomi tempatan.

Situasi ini dipanggil "market-dominat minority". Sebagai contoh, 7 orang Yahudi di Rusia merupakan orang terkaya dan menguasai ekonomi majoriti tempatan Rusia:

1.Roman Abramovich
2.Pyotr Aven
3.Boris Berezovsky
4.Mikhail Friedman
5.Vladimir Gusinsky
6.Mikhail Khodorkovsky

Walaupun mereka ini merupakan penduduk minoriti iaitu sekitar hanya 3% daripada penduduk Rusia, namun mereka berjaya menguasai dan mendominasi ekonomi daripada golongan yang majoriti (tempatan).

Hal ini berlaku kerana golongan majoriti (tempatan) hanya menjadi pengguna dan bukan entrepenuar. Melalui sistem demokrasi bebas, golongan minoriti ini menjalankan sistem perdagangan mereka dan mengambil keuntungan melalui cara "Black Market".

Menurut Amy Chua lagi, melalui DEB yang dilaksanakan di Malaysia, sistem ini dilihat mampu menaikkan kekuatan ekonomi golongan tempatan majoriti (Melayu dan Bumiputera) yang terhimpit oleh ekonomi golongan minoriti (Cina).

Menurut statistik, ekonomi Melayu naik mendadak selepas DEB berjalan dengan lancar.

Anwar Ibrahim menyelar Dasar Ekonomi Baru harus dihentikan kerana DEB mendorong kepada amalan rasuah, menimbulkan banyak perselisihan yang membawa kesan yang buruk kepada negara.

Kata Anwar, "Kenapa saya bercakap tentang DEB, harus diingat bahawa saya menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun dan kita bekerja keras untuk menghasilkan daya persaingan" (Daily Express, 13 Januari 2006).

Apa yang Anwar Ibrahim lakukan adalah mengikut telunjuk Amerika Syarikat sebagai negara berkuasa dan merupakan jaguh dalam ekonomi kapitalisme. Maka dengan inilah taktik sebenar Anwar menyerang DEB.

Tujuan sebenarnya adalah untuk menjahanamkan ekonomi orang Melayu agar terus ketinggalan dengan konglomerat bangsa Cina .

Dengan kelemahan ekonomi golongan tempatan majoriti (Melayu dan Bumiputra), maka akan memudahkan syarikat gergasi multi-national antarabangsa untuk masuk ke Malaysia melalui pasaran bebas.

Apabila syarikat-syarikat besar yang dimiliki oleh Yahudi ini masuk ke dalam suatu pasaran sebuah negara, pasti akan melenyapkan ekonomi golongan tempatan kerana kelemahan daya saing.

Abad ke-21 ini adalah abad pasaran bebas. Abad keemasan kepada kuasa-kuasa besar untuk menjajah negara-negara kecil melalui ekonomi. Kelemahan ekonomi sebuah negara merupakan tumpuan utama kuasa besar seperti Amerika. Golongan korporat Yahudi pula akan menggunakan kesempatan ini untuk masuk ke dalam negara.

Polisi neo-liberalisasi pasaran bebas sebenarnya boleh menyebabkan rusuhan etnik,backlash, dan keganasan .

Namun dengan adanya DEB mampu menjarakkan ruang yang ketara antara pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Dengan rapatnya jurang ini akan meningkatkan ekonomi secara mapan lantas dapat membangunkan ekonomi Malaysia ke arah yang lebih maju.

Inilah yang Anwar mahu : Ketidakmampuan ekonomi orang Melayu untuk berdaya saing. Kewujudannya Anwar di dalam Malaysia sebenarnya mahu menjual negara melalui polisi neo-liberalisasi pasaran bebas.

Ini jelas apabila Dasar Ekonomi Baru yang memajukan dan memantapkan golongan bumiputra dalam neo-liberalisasi pasaran bebas pula dikecam dengan hebat oleh Anwar Ibrahim.

Wednesday, October 13, 2010

HARAPAN KECEWA

Perhatian kini bertumpu sepenuhnya pada move Datuk Zaid Ibrahim.Ini setelah harapan untuk menjadikan Nurul Izzah sebagai ayam tambatannya berentap di arina Timbalan Presiden PKR tiba-tiba lenyap bila anak Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak layak bertanding jawatan itu. 

Samada beliau memberi reaksi segera atau tidak langkah Zaid dalam percaturan pemilihan PKR akan diketahui pada Sabtu 16 Oktober – tiga hari dari sekarang, yakni tarikh tutup dimana semua calon perlu mengesahkan penerimaan pencalonan dan jawatan yang hendak ditandingi. 

Soalnya apakah Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini nak tunggu hingga saat akhir untuk respon setelah menghadapi fiasco Nurul Izzah. 

Zaid kini mempunyai tiga pilihan samaada menarik diri dari bertanding,terus bertanding Timbalan Presiden atau naik lagi atas bertanding jawatan Presiden. 

Ini yang menjadi teka teki semua ahli PKR sekarang. 

Lojiknya kalau beliau memegang pada janji asalnya tidak akan bertanding jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masuk jawabnya tinggal dua pilihan saja baginya – tarik diri atau tanding jawatan Presiden. 

Kalangan yang rapat dengan Zaid dan tahu stailnya ‘ yang tak peduli sapa’ lebih meletakan taruhan mereka beliau akan langgar jawatan nombor satu. 

Zaid dikatakan mahu sangat berentap dengan Anwar yang turut dicalonkan untuk jawatan Presiden. 

Masalahnya bagaimana dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail? 

Anwar sendiri berkali-kali kata beliau tidak mahu bertanding apa-apa jawatan kerana nak kekal sebagai Ketua Umum PKR saja. 

Sanggupkah Zaid langgar Wan Azizah? 

Ada juga pemerhati PKR meragui kemungkinan itu. 

Cuma ada satu ruang kecil pada kemungkinan Zaid bertanding juga Timbalan yakni Khalid tarik diri. 

Menteri Besar Selangor itu ketika mengumumkan hajatnya bertanding jawatan itu telah menyerahkan kepada jawatankuasa pelobinya menentukan disaat akhir nanti perlu ke tak perlu beliau terus bertanding. 

Namun melihat pada setup jenteranya yang serba serbi lengkap kemungkinan beliau tarik diri nampak macam kabur. 

Ada juga yang membuat andaian orang yang paling tersepit dalam percaturan pemilihan PKR sekarang ialah Zaid. 

Beliau tiba-tiba nampak keseorangan. 

Ikut ceritanya ramai kalangan ahli PKR yang masih blur mengapa beliau jolok Nurul agar bertanding jawatan Timbalan. 

Tidak ramai yang dapat baca nawaitu beliau. 

Ada yang kata Nurul sendiri seram sejuk dibuatnya kerana lebih berminat nak bertanding jawatan Naib Presiden. 

Malah pengumuman beliau tiada kelayakan bertanding jawatan Timbalan kerana cuma dapat satu pencalonan saja ( wajib dua) dianggap satu blessing . 

Sumber PKR memberitahu rating Khalid tiba-tiba naik mendadak kebelakangan ini melihat pada nama-nama mereka yang backing beliau. 

Nurul dikatakan salah seorang darinya.Juga jangan lupa pada Wan Azizah yang diketahui ‘ banyak kurang’ dengan Azmin. 

Sekalipun mendapat pencalonan terbanyak sekali Azmin dikatakan jadi makin tak senang duduk dengan perkembangan terbaru ini walaupun nampak tenang-tenang terbang menghadiri program bersama Anwar ke Jakarta. 

Mungkinkah Zaid angkat bendera putih dan mengerakan jenteranya backing habis Khalid untuk menentang Azmin bagi jawatan nombor dua? 

Zaid sudah kata beliau sanggup tarik diri jika Nurul bertanding Timbalan.Beliau juga pernah berjanji tak bertanding jika Khalid masuk. 

Soalnya mahukah Zaid yang sampai ke hari ini masih terus mengadakan ‘ pertemuan ramah mesra’ dengan orang-orang di cabang PKR di sana sini tiba-tiba giveup . 

Makanya jangan tolak kemungkinan beliau memilih ‘ mati bergaya’…

TAK LAYAK


TAK LAYAK !!!! itu lah ungkapan yang paling sesuai digunakan kepada anak kandung kepada Anwar Ibrahim Al-Juburi Ibni Al-Marhum Al-Bontoti.........ada ke patut Nurul Ezzah yang disuruh bertanding kerusi number 2 PKR. Tak ke ianya akan menjadi parti anak beranak penipu bersama pengikut-pengikutnya.

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan bagi melayakkannya turut bersaing.

Menurut Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin, selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan dari bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan dari Keningau, Sabah.

nurul izzah going for veep 230910 02"Perkara ini kami berikan perhatian istimewa. Saya pun tidak tahu bagaimana beliau dikatakan mendapat tiga atau empat pencalonan. 

"Pihak kami semak dengan Nurul Izzah (kanan) sendiri, beliau pun tidak tahu," katan Raden Shamsulkamar.

PKR menetapkan setiap calon yang mahu bertanding mesti mendapat sekurang-kurang dua pencalonan minimum.

Keputusan itu dinanti-nanti kerana Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim pada 7 Oktober lalu mengumumkan beliau sanggup mengundurkan diri daripada bertanding jawatan itu jika Nurul Izzah turut menyertainya.

Zaid berkata, beliau bersedia 'melakukan apa yang terdaya' bagi membantu usaha Nurul Izzah kerana anak sulung Anwar itu "satu nafas baru" dalam PKR.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raden Shamsulkamar berkata, pasukan pentadbir pemilihan juga membuat panggilan khusus ke cabang-cabang tertentu yang gagal menghantar pencalonannya pada masa yang ditetapkan.

azlanBeliau mengesahkah tujuh orang layak bertanding merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Selain Zaid, mereka adalah Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail; dua naib presiden - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh.

Raden Shamsulkamar bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima tokoh-tokoh terbabit kepada pihak media.

Bagaimanapun, daripada rekodMalaysiakini (tidak rasmi), Azmin terus mendahului jauh di depan dengan pencalonan sebanyak 102.

Sementara itu, bagi pencalonan untuk jawatan naib presiden pula, difahamkan Nurul Izzah berjaya mendapat lebih daripada 30 pencalonan cabang.

Terdahulu bercakap di parlimen, Nurul Izzah berkata beliau masig menunggu makluman rasmi daripada ibu pejabat PKR berhubung senarai yang layak bertanding.

Tuesday, October 12, 2010

Keluarga Ibrahim Berentap: Presiden PKR

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR, telah meletakkan semula tumpuan terhadap pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ini kerana ketika menawarkan dirinya, Zaid berkata, beliau hanya akan berbuat demikian jika Khalid tidak bertanding jawatan nombor dua PKR itu.

Jika ketua PKR Wilayah Persekutuan itu mahu menjaga imej dan prinsipnya, maka beliau harus mengotai janjinya dan menarik diri walaupun mendapat pencalonan dari kira-kira dua pertiga cabang PKR.

Zaid (kiri) masih membisu mengenainya dan sehingga ini tidak dapat dihubungi. Bagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan bekas menteri di jabatan perdana menteri itu, beliau tidak mungkin menarik diri untukmemberi laluan kepada Khalid.

Katanya, ini kerana keadaan sudah berubah kebelakangan ini.
Begitu juga, Zaid - ketika ditanya sama ada akan menarik diri untuk memberi laluan kepada Khalid - pernah memberitahu pihak media tentang perlunya 'mengambil jalan yang berbeza' jika 'keadaan berubah'.






Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengumumkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

"Saya, Abdul Khalid bin Ibrahim, hari ini dengan rasminnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada November ini," katanya.

Ini bermakna, beliau akan bersaing dengan dua naib presiden sekarang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim untuk kerusi nombor dua itu.

Manakala ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua yang sudah cukup dua pencalonan minumum untuk bertanding belum membuat sebarang pengumuman sama ada menyertai persaiangan itu atau pun tidak.

Mengumumkan keputusan itu di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam sebentar tadi, Khalid berkata keputusan itu diambil ekoran pemilihan PKR "yang banyak menerima persepsi negatif dalam laporan media dan dalam parti".

Menurut beliau, perkara tersebut, antaranya kepimpinan berpuak dan serangan peribadi yang perlu diperbetulkan.

"Sebagai salah seorang pemimpin parti dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini.

"Dan kerana inilah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti," katanya.

Khalid juga berkata, bagi memastikan keputusannya bertanding memberi kesan positif kepada parti, beliau menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai kesan tawaran bertanding kepada pentadbiran dan perpaduan parti.

Jawatankuasa itu, menurutnya, terdiri daripada aktivis kesatuan sekerja Syed Shahir Syed Mohamud, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty yang bebas mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober.

"Sekiranya jawatankuasa menasihatkan tawaran saya ini tidak baik untuk parti dan ada cara yang lebih baik untuk saya berkhidmat kepada parti, saya akan akur dengan nasihat ini," katanya.

Syed Shahir juga dilantik sebagai pengurus operasi kempen.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan 'manifestonya' bertemakan “Memperkasakan Reformasi” yang antaranya menggariskan lima teras, iaitu: Setia kepada perjuangan, meneruskan agenda perubahan, merakyatkan ekonomi, menolak politik pecah perintah dan kesepaduan parti.

Lima itu, menurut Khalid akan mencorakkan pentadbiran inklusif dan mengakhiri amalan berkumpulan dan berpuak-puak dalam parti.

Faktor GAY, Al Gore sahabat baik Anwar ditolak Presiden Amerika

AlGore godfather Anwar
Anwar Ibrahim, Al Gore dan Tipper

Oleh Pochong, AIDCclub

Anwar Ibrahim selalu meletakkan dirinya adalah rapat dan akrab dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore.

Rapatnya antara Al- Gore dan Anwar ini boleh diterjemahkan dengan kesanggupan Al Gore memberi bantuan dana kepada Anwar di syarikat miliknya Generation Investment Management Group yang membuat pelaburan di Israel. Klik sini.
Tentu ada motif lain di sebalik bantuan Al Gore kepada Anwar tersebut, adalah tidak logik jika diberikan bantuan kewangan hanya bersandarkan hubungan persahabatan sahaja.


Setelah selesai Sodomy Tour yang bermula di Jakarta hingga berakhir di London dengan melawati beberapa ibu kota di Eropah seperti Hungary, Jerman dan Sepanyol. Anwar mencari ruang kepada dirinya untuk bertemu dengan Al Gore di Kota New York seolah-olah seperti melepaskan kerinduan sepasang pasangan kekasih.

Menurut laman twiternya mereka berdua sempat melayan pertemuan ini dengan mendengar alunan muzik Mozart dari American Muzikal Orkestra.

Bayangkan dari Eropah jauh Anwar terbang ke Amerika semata-mata menemui Al-Gore.

Sebelum ini pun, jika kita perhatikan kerap kali apabila ada program di luar negara Anwar dan Al Gore akan bertemu seolah-oleh sudah dirancangkan pertemuan istimewa tersebut.

Al-Gore di Amerika Syarikat dianggap antara pemimpin yang dilihat mesra kepada komuniti Gay malah kumpulan LGBT menggangap sepanjang Al-Gore menjadi Naib Presiden Amerika kebajikan kumpulan Gay terjamin di bawah kepimpinannya.

Malah penceraiannya dengan isterinya Tipper pun dikaitkan dengan faktor hubungan Al Gore dengan seorang lelaki Gay. Klik sini.

Dalam satu debat antara Bush dengan Al Gore pada tahun 2000, Al-Gore dengan berani menyatakan kumpulan Gay seharusnya dibenarkan menjalani kehidupan mereka sendiri di Amerika seperti perkahwinan, hak pencen dan juga berkhidmat sebagai tentera. Klik sini.


Oleh yang demikian, bukanlah suatu yang mengejutkan jika kita melihat hubungan Anwar dan Al- Gore begitu istimewa, dan tidak mengejutkan jika kita katakan bahawa mereka berdua ada kisah tersendiri dalam hubungan songsang tersebut.

Al- Gore dalam pertandingan merebut jawatan Presiden US pada tahun 2000 telah tewas kepada Bush ekoran kenyataan sokongan secara terbuka kepada kelompok LGBT dalam hak-hak sivil.

Obama yang menyedari kesilapan Al-Gore semasa pilihanraya Presiden tahun tersebut, pada pemilihan Presiden Amerika 2008 mengelak melakukan tindakan sama dengan Al Gore hasilnya beliau meraih kejayaan besar sebagai Presiden Amerika mengalahkan John McCaindari Parti Republikan.

Walaupun Amerika dianggap sebagai sebuah negara bebas dan paling demokrasi di dunia namun berdasarkan isu Gay melibatkan Al Gore dan Bush, adalah jelas rakyat Amerika secara majoriti menolak calon pemimpin negara mereka yang ada kaitan dengan kumpulan tersebut.

Anwar_AlGore2

Oleh itu, bukankah aneh jika kita di Malaysia yang majoritinya rakyatnya adalah beragama Islam sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sedangkan rakyat Amerika yang beragama Kristian pun menolak Al Gore sebagai Presiden.

Monday, October 11, 2010

TANAH KENA RAMPAS:GALAS

Pembukaan "Ladang Rakyat" di Hulu Kelantan dijangka menjadi isu besar untuk ditangani oleh kerajaan PAS negeri Kelantan menjelang pilihan raya kecil Galas 4 November ini kerana tanah yang terlibat didakwa diambil daripada penerokanya oleh kerajaan negeri untuk diusahakan oleh swasta.

Malahan isu berkenaan sudahpun menjadi topik utama perbualan di kedai-kedai kopi di Gua Musang walaupun penamaan bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan itu adalah pada 26 Oktober ini.

Seorang peneroka, Harun Che Anal, 61, berkata tindakan kerajaan negeri mengambil tanah itu dan diberi kepada syarikat swasta luar Kelantan bagi membangunkannya sebagai "Ladang Rakyat" telah menjejaskan masa depan penduduk setempat yang telah mengusahakan pelbagai tanaman di situ lebih dari dua dekad.

Beliau berkata tanah yang telah ditanam dengan getah dan kelapa sawit itu sudah lama mengeluarkan hasil, tetapi tanagh itu diambil oleh kerajaan negeri, walaupun ada peneroka yang telah membayar deposit bagi mendapatkan hak milik tanah itu.

"Ada pihak cuba melengah-lengahkan pemberian hak milik itu, mungkin sebagai muslihat untuk merampas tanah ini. Kami akan cuba halang daripada tanah kami dirampas," katanya kepada Bernama.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Mat Yusof Abdul Ghani berkata beliau yakin PAS akan dihukum oleh pengundi pada pilihan raya kecil itu kerana tidak berlaku adil kepada rakyat.

Mat Yusof, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Nenggiri, berkata kerajaan negeri telah mengabaikan nasib penduduk yang kehilangan tempat untuk mencari rezeki.

"Terdapat ketidakadilan dalam pembahagian semula keuntungan tanah ini, sebahagian diberi (tanah) dan sebahagian tidak, walaupun rakyat telah duduk dan bercucuk tanam di situ untuk mencari rezeki sejak bertahun-tahun.

"Sudahlah hilang pendapatan, hilang pula tanah. Orang Gua Musang suka membuka tanah dan menanam getah, kelapa sawit dan buah-buahan, sepatutnya mereka diberikan geran," katanya.

Mat Yusuf berkata kerajaan negeri telah mengambil tanah tersebut dengan alasan untuk membangunkan Ladang Rakyat dan memulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk dividen serta pembangunan untuk menghapuskan kemiskinan sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata bahawa tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah untuk projek perladangan swasta boleh menjejaskan penduduk Orang Asli di Gua Musang.

PAS MOHON AKTA KAMPUNG TRADISI

PAS mahu satu akta khusus mengenai kampung tradisi khususnya di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar besar lain diwujudkan bagi mengelakkan kampung-kampung ini hilang ditelan pembangunan dan pemodenan.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, ahli Parlimen PAS akan membawa isu itu untuk dibahaskan di persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula hari ini.
"Sudah sampai masanya ada satu akta khusus untuk kampung warisan yang kita boleh kenali sebagai akta kampung warisan atau kampung tradisi dan perlu kepada suatu jaminan kewujudan mereka supaya tidak tertinggal atau hapus oleh cabaran zaman," kata beliau yang ditemui di majlis pengisytiharan kampung-kampung tradisi Melayu sebagai Kampung Warisan, dekat sini, semalam.
Majlis pengisytiharan itu dianjurkan oleh Muafakat Kampung-kampung Tradisional (Muafakat) sempena sambutan dirgahayu 150 tahun Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur. (HARAKAH DAILY)







Dasar dilahirkan sebagai TALAM DUA MUKA.......apabila melihat bagaimana Cina Guan Eng mentadbir pulau pinang yang kini seperti mini singapore baru lah bahawa mereka sedar bahawa tidak mustahil sekirangnya ada Kaum Cina yang memerinta negara satu masa akan datang kelantan juga akan menjadi seperti Pulau Pinang. 
Kononya akta tersebut mampu mempertahankan kampung-kampung lama khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Tetapi adakah mereka terlupa bahawa Pulau Pinang itu juga adalah sebuah bandar besar , tetpi apa telah jadi keatas orang Melayu di Pulau Pinang. Tak ubah seperti Mini Singapura. 

"Jangan tunding jari pada kerajaan sewenang-wenang menuduh yang tidak betul  Kerajaan tidak menjalankan tugas menjaga rakyat , tetapi tolong kaji bagai mana Negeri Pulau Pinang jadi sedemikian. Kerana tamakkan harta rakyat, mereka terlupa akan kebajikan rakyat di Pulau Pinang.Ini lah antara sebab mengapa Pas mohon kepada kerajaan agar diwujudkan akta tersebut.wakakakaka penakut jugak pada bayang-bayang sendiri dan sekutu denganya...."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails