Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam di negeri itu.
“Kalau (berdebat) dengan Lim Guan Eng, boleh... kalau (dengan) Pemuda Pakatan Rakyat, tak payahlah,” kata Ketua Pemuda negeri, Norman Zahalan.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Zahalan menyifatkan Pemuda Pakatan sebagai “kuda tunggangan Guan Eng”.
Norman mengulas cabaran ADUN Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin untuk berdebat dengan Pemuda Umno negeri, DPMMPP dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berhubung isu berkenaan.
Beliau juga mengesahkan telah menerima surat cabaran debat tersebut dari Pemuda Pakatan melalui faks pagi ini.(Selanjutnya...)
HA tidak lama kemudian keluar pulak statement dari pemuda UMNO ni. KAmi dah bersedia untuk berdebat dengan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang Bukan dengan AMK Pulau Pinang yang cakap merapu meraban tak tentu pasal..bercakap tentang hak bangsa sendiri di Pualu Pinang yang telah ditindas dan wujud Double Standard.Itu jer la yang AMK mampu buat. Korang tu hanya kUda tunganggan Lim Guan Eng jer la...Pemuda UMNO hanya ingin berdebat dengan Lim Guan Eng Sahaja...bukan dengan pengkianat bangsa.....macam AMK...hidup seperti lalang....ditiup angin kehulu..kehulu la ia.....ditiup angin kehilir...ke hilir la ia.......MALU AKU ADA ANAK BANGSA AKU YANG BEGINI....
No comments:
Post a Comment