Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup berhadapan dengan rakan dalam Pakatan Rakyat yang tidak sehaluan semata-mata untuk menjaga kepimpinan yang diamanahkan oleh rakyat pada 8 Mac 2008 lalu.
"Jika dulu kawan, sekarang lawan, nak buat macam mana, mereka yang pilih macam tu. Demi perubahan Pulau Pinang, saya sedia menerima risiko," katanya semasa menutup Karnival Penang Harmoni: Muhibbah dan Berintergeriti anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri di tapak ekspo, di sini, malam tadi.
Katanya, kerajaan negeri tidak akan mengubah dasar Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) untuk memenuhi hasrat rakan-rakan.
“Sebaliknya jika sesiapa yang mahu projek, mereka kena ikut cara tender terbuka tidak melalui 'kabel politik' macam dulu di zaman Barisan Nasional,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih berkata, sekarang kerajaan negeri telah memperkenalkan tender terbuka menerusi hujung jari, tidak lagi perlu menulis borang.
Tambahnya, cara berkenaan lebih efisyen dan pantas sesuai dengan era teknologi terkini di mana manusia terlampau sibuk dengan berbagai urusan peribadi, perniagaan ataupun apa sahaja.
(Sambung)
Ini lah jadinya kalau semua gila nak jadi perdana menteri.....kalau 2008 dulu semua sepakat kononya dalam manifesto 2008 bekerja untuk rakyat memperjuangkan hak rakyat konon.....itu free...ini free sekarang dah tak sehaluan.....Lim Guan Eng yang telah merampas Pulau Pinang dari BN pada pilihanraya umum 2008 yang lalu yang telah menjanjikan macam-macam pada rakyat. Setelah semua hak melayu didalam negeri pulau pinang nampak gayanya sekarang ni orang Melayu akan semakin terhempit dan tersepit sekiranya Lim Guan Eng akan membawa hala tujunya sendiri.....Tak lari seperti Singapore la jawapnya Pulau Pinang tu.....semakin tertindas la Orang-orang MELAYU di Pulau Pinang.......adakah ini pertanda kepada pilihanraya akan datang sekiranya Pakatanrakyat tidak lagi sehati-sejiwa kepada UNMO BN untuk merampas kembali Negeri Pulau Pinang.......hermmm...akak pun dah pening......