Pages

Monday, August 16, 2010

ini lah Nasib MELAYU di Pulau Pinang

Ketua penerangan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir mendakwa, kerajaan negeri itu, tanpa ada sebarang perancangan yang jelas, tiba-tiba sahaja mahu merobohkan gerai dengan mencipta bermacam alasan yang tidak masuk akal.

"Lebih pelik, gerai-gerai yang dirobohkan pula rata-rata milik orang Melayu manakala gerai milik peniaga Cina banyak yang dibiarkan beroperasi walaupun ada yang terang-terang melanggar peraturan," kanya dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

"Secara jujur, kita tidak mahu mengeluarkan kenyataan yang cenderung dilihat sebagai perkauman, tapi tindak-tanduk kerajaan negeri dalam melaksanakan polisi-polisinya sebenarnya mengundang ketegangan," tegasnya.

Menurut Musa, orang Melayu tidak minta banyak, "sekurang-kurangnya buktikan prinsip keadilan yang dijanjikan sebelum ini".

"Kalau pun BN memerintah tidak cukup bagus, sekurang-kurangnya kita tidak pernah menghalang peniaga terutamanya Melayu, mencari rezeki di bulan Ramadan," katanya.

Musa bagaimanapun mengakui bahawa sewaktu pentadbiran BN dahulu, ada juga gerai-gerai yang dirobohkan.

"Tetapi kita bukan roboh gerai Melayu sahaja, malah kedai orang Cina dan India juga dirobohkan kerana kita ada perancangan lebih baik untuk mereka.

"Malah, kita boleh tengok di banyak tempat di Pulau Pinang yang dulu gerainya bersepah dan tidak terurus, kini menjadi pusat peniagaan yang maju.

"Tapi ini tidak disebut oleh (Ketua Menteri Lim) Guan Eng, seolah-olah apa yang BN dan Umno buat selama ini semuanya tidak betul," tegas Musa.


Menurut Musa lagi, kalau pun BN memerintah tidak cukup bagus, "sekurang-kurangnya kita tidak pernah menghalang peniaga terutamanya Melayu mencari rezeki di bulan Ramadan".

Kerajaan BN juga, tambahnya, tidak pula meroboh gerai peniaga sesuka hati.



[ ini lah dia nasib Orang Melayu setelah kerajaan Dinasty lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang, di tindas , terhina bangsa yang dianggap Bangsat dipulau pinang adalah bangsa MELAYU....sampai bila......]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails