Pages

Wednesday, August 11, 2010

AZMIN DI PERLEKEH OLEH MB SELANGOR

Ketika Azmin Ali dilihat menyinar di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pula melihat naib presiden PKR itu masih perlu belajar banyak perkara dalam politik.

"Saya rasa beliau perlu belajar banyak. Pengalamannya masih terhad pada tahap tertentu. Saya rasa beliau boleh menjadi pelajar yang baik dan patut diberi peluang (untuk itu). 

"(Ini kerana) menjadi politikal dan menjadi pengurus merupakan dua perkara yang berbeza," kata Khalid (kanan) ketika ditanya penilaiannya terhadap kepimpinan Azmin sebagai seorang negarawan.

Sebelum itu, Khalid menyebut, PKR memerlukan "imaginasi seorang negarawan" dan lebih daripada kemampuan politik untuk membangunkan parti dan negara.

"Saya rasa parti ada kebijaksanaan itu pada masa ini dan pada masa depan. 

"Kita mesti jadikan PKR ada kemampuan ini kerana kejayaan parti melampaui kejayaan dalam politik semata-mata," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam semalam.(Malaysiakini)


[ Azmin Ali yang beri tanggungjawap menjadi pengerusi PKR Negeri Selangor ketika ini dianggap seperti jagung mentah @ anak Itik yang baru hendak belajar. Ini lah yang cuba dinyatakan oleh Khalid Ibrahim kepada Azmin Ali. Ini juga jelas menunjukan bahawa terdapat pergolakan diantara Khalid Ibrahim dan Juga Azmin Ali yang di Sokong oleh ahli dalaman PKR agar Azmin diberi Peranan yang lebih besar. Ini bermakna bahawa kewibawaan Khalid Ibrahim tidak mendapat sokongan daripada rakyat Selangor sebab dikatakan bahawa Khalid tidak pandai buat kerja dan menjaga hati rakyat. Benda yang tidak sepatutnya dia buat , dia nak buat contohnya seperti plan pembangunan kampung Baru yang diadakan baru-baru ini di Kelab Sultan Sulaiman anjuran bersama PKNS. Di dalam ucapanya khalid ada menyatakan bahawa dia siap bersedia untuk bekerja sama dengan kementerian wilayah mengenai Plan Pembangunan yang telah dirangka oleh Dato Raja Nong Chik agar projek tersebut tidak menrgikan rakyat katanya di halayak ramai. Khalid menanggap bahawa Kementerian Wilayah yang telah bertungkus lumus untuk memajukan Kampung Baru adalah sebagai tidak pandai dan memandai-mandai. Kepada rakyat Malaysia , kita lihat apa yang telah terjadi di Pulau Pinang baru-baru ini sahaja seorang peniaga berbangsa cina tidak berpuas hati apabila LGE menutup semua pintu masuk ke tingkat dua bangunan KOMTAR tersebut dan ini telah mengakibatkan kerugian yang amat sangat yang perlu ditangung oleh peniaga tersebut. ADAKAH PEMIMPIN SEPERTI INI YANG KITA PERLUKAN???Oh tidak.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails