Pages

Tuesday, June 22, 2010

TAKUT HILANG JAWATAN


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua akan memfailkan permohonan bagi membolehkan beliau membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, minggu depan.
“Kami sudah mengadakan perbincangan semalam dan beliau (Tian Chua) sudah membuat keputusan untuk mengemukakan rayuan,” kata peguam Chua Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Amer berkata Chua (gambar) akan mengemukakan kebenaran untuk merayu berhubung sabitan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.
Walaupun awalnya mengatakan tidak akan membuat rayuan, lewat malam tadi Chua berkata beliau kemungkinan akan membuat rayuan peringkat kedua berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.
Semalam Chua berkata, sekiranya beliau membuat rayuan ia hanya bertujuan untuk membuktikannya tidak bersalah, bukannya untuk meleraikan pertikaian kesahihan status sebagai Ahli Parlimen.
( Tian Chua yang semakin kesempitan dan sakit kepala kerana telah disabitkan kesalahan diatas perbuatanya mengigit anggota polis yang sedang bertugas. Hilang title YB pun ye jugak....har..har..har.......kesian tian chuan ni....kak jem tengok setiap kali Pembangkang Buat perhimpunan x pernah missed pun hadir untuk memberikan support. Tapi last2 Anwar Ibrahim yang di puja..disanjung ...buat tak tahu jer malah kehadiranya pun x nampak di Mahkamah sepanjang proseding kes Tian Chua berjalan. Ini ke pemimpin yang berjiwa rakyat.Sedangkan orang kuat dia sendiri telah disabitkan kesalahan pun dia leh buat tak tahu. Tak salah la tanggapan kak jem sebelum ni....sikap Anwar Ibrahim....Depan orang melayu cakap lain....depan Orang Cina cakap lain....bila dah jadi hal mcm ni dia buat tak tahu jer.........)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails