Pages

Wednesday, June 16, 2010

Tiada konflik MBE, laporan MTEN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tidak terdapat percanggahan mengenai kedudukan ekuiti bumiputera dalam Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-10 dengan laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) seperti yang didakwa pihak tertentu. 

"Tiada sebarang konflik. Kena faham. Laporan oleh MTEN adalah laporan mereka tetapi pembentangan yang saya buat di Dewan Rakyat adalah pendirian kerajaan," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnya terdapat percanggahan antara pembentangan RMK-10 dengan laporan MTEN mengenai kedudukan sebenar ekuiti 30 peratus bumiputera.




Menurut beliau lagi, dasar afirmatif juga tidak akan dihapuskan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Saya tidak menjanjikan tindakan affirmatif akan dihapuskan. Itu salah tanggapan. Apa yang saya kata bahawa tindakan affirmatif akan dilaksanakan dengan cara yang lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit, lebih daripada cara dan kaedah dulu," katanya .

[Seperti yang pernah dinyatakan sebelum2 ni.....pembangkang yang suke mencari kesilapan walaupun hanya sebesar zarah sekali pun mereka akan mencari dimana silapnya langkah yang diambil oleh kerajaan dah nama pun pembangkang kan,...memang kerja menreka mencari silap. Benda yang tak betul menjadi betul pun mereka.....benda yang  betul menjadi tak betul pun mereka jugak.....huhuh...tak tahu la sampai bila....]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails