Pages

Sunday, June 20, 2010

Kerajaan Tidak Perlu Mengadakan Pilihanrya Awal

Terlalu ramai rakyat Malaysia yang telah menyokong gagasan 1 Malaysia yang di gagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Namun pun begitu , ia tidak seharusnya dijadikan sebagai tanda aras bahawa Kerjaan Malaysia yang sedia ada berada didalam tahap yang cukup kuat dan kukuh.

Kerajaan perlu menyusun semula jentera pilihan raya agar kemantapan untuk beraksi apabila tiba masanya nanti agar membawa sebuah angin baru kepada rakyat. Ini juga telah dinyatakan oleh Perdana Menteri sendiri bahawa  " Dengar Nadi Rakyat" yang membawa maksud agar rakyat diberi keutamaan untuk memilih siapa calon baru bagi mereka untuk mewakili suara mereka di dalam parlimen nanti.

Perkara ini juga turut disebut oleh Perdana Menteri yang juga menyatakan bahawa Kerajaan tidak akan membubarkan perlimen seawal ini dan tidak akan memandang kepada satu sudut sahaja, iaitu meningkatnya sokongan rakyat terhadap gagasan 1 Malaysia yang digagaskan oleh beliau.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails