Pages

Monday, July 5, 2010

ISU FELDA DAKYAH PEMBANGKANG

 Generasi FELDA mendapati isu bankrap yang diuar-uarkan pembangkang tidak menjejaskan keseluruhan operasi agensi itu, malah peneroka menganggap ia sekadar dakyah tidak berasas dan bermotifkan politik. 

Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail, berkata tinjauan awal GWGF mendapati generasi FELDA masih yakin dengan pengurusan agensi kerajaan itu dan operasi keseluruhan di kawasan FELDA berjalan seperti biasa.


"Tiada kesan (isu bankrap), cuma kita tidak mahu perkara ini berulang lagi dan kita perlu hentikan kenyataan ini. Kita tidak mahu ada perkara yang memburukkan dan perlu diselesaikan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan taklimat penyusunan semula GWGF di bawah model ekonomi, pendidikan dan sosial baru menjelang 2020 serta penerangan isu-isu semasa mengenai FELDA peringkat FELDA Wilayah Trolak di Dewan Orang Ramai FELDA Besout 1 di sini, semalam. 

Beliau mengulas mengenai penerimaan generasi peneroka berhubung laporan Suara Keadilan iaitu akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluaran bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010 yang menyiarkan berita berunsur fitnah bertajuk 'Felda Bangkrap'. 

Susulan penyiaran laporan itu, FELDA menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta serta permohonan maaf daripada PKR. 
Rozali berkata, pihaknya tidak menolak ada segelintir peneroka yang turut menyokong isu dicetuskan akhbar Suara Keadilan itu demi kepentingan peribadi sehingga sanggup dipergunakan pihak lain. 

"Saya kesal seperti disebutkan kerana selepas 53 tahun merdeka, FELDA berjaya dan peneroka mendapat hasil daripada kejayaan itu. Kenapa kita hendak merosakkan perkara itu (kejayaan), sepatutnya berterima kasih. Mereka itu orang yang tidak betul dan merosakkan imej peneroka FELDA," katanya. (seterusnya)


(jelas dan nyata bahawa isu yang menyatakan bahawa FELDA sudah bankrap ada meleset sama sekali. Ini juga disokong oleh generasi FELDA. Kenyataan yang dibuat oleh sekutu DSAI hanya sekadar untuk menjatuhkan kepimpinan Dato'Seri Najib yang mewarisi FELDA sejak dari zaman Arwah Bapanya. Tidak ada sebarang bank statement yang dibuat oleh Bank Negara sekiranya benar FELDA telah diisytihar bankrap. Seperti yang pernah kak jem laporkan sebelum ni, jika benar bankrap mengapa FELDA masih sempat mendirikan Beberrepa Hotel bertaraf 4 bintang?persoalan itu juga perlu dijawap oleh sekutu DSAI ataupun DSAI sendiri yang buta Ekonomi.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails