Pages

Wednesday, June 16, 2010

Pembangkang Penipu..

 Kecewa dengan kepimpinan pakatan pembangkang Perak yang terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan rakyat, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K. Keshvinder Singh mengambil tindakan keluar DAP berkuatkuasa hari ini.

Serentak dengan itu, Keshvinder turut melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) serta bekerjasama dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Keshvinder berkata, keputusannya keluar parti turut dipengaruhi rasa kecewa kerana tidak mendapat peruntukan yang cukup daripada pimpinan pakatan pembangkang Perak bagi membantu rakyat sejak dipilih menjadi ADUN Malim Nawar pada Mac 2008.


Malah dakwanya, kebanyakan perbelanjaan untuk membantu rakyat termasuk mewujudkan sebuah pusat khidmat bergerak dilakukannya menggunakan wang sendiri.


''Mereka terlalu banyak politiking hingga abaikan rakyat. Ia amat merugikan rakyat dan saya tidak mahu rakyat di kawasan saya menjadi mangsa,'' katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.


Hasil pengamatannya terhadap corak pentadbiran kerajaan negeri di bawah Dr. Zambry dan kepimpinan pusat di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama pendekatan 1Malaysia telah membuka hatinya menyokong BN.
Selepas membuat perbandingan, tegasnya, beliau sedar hanya BN yang boleh membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat terutama di Malim Nawar yang merupakan kawasan luar bandar.


''Dengan ini, saya amat mengharapkan bantuan dan kerjasama padu daripada kerajaan yang memerintah bagi membangunkan serta menyelesaikan masalah rakyat terutama isu setinggan di kawasan saya.


''Saya sedar bakal menghadapi cemuhan dan tuduhan pelbagai pihak tetapi demi kepentingan dan masa depan rakyat, saya memilih untuk meninggalkan DAP dan pakatan pembangkang.


''Saya juga amat berharap pengundi-pengundi saya dapat memahami dan menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan ikhlas demi untuk kepentingan rakyat,'' katanya.


Tegasnya lagi, keputusan dibuat setelah beliau berfikir sedalam-dalamnya dan ia bukannya atas pengaruh atau tekanan mana-mana pihak.


Beliau juga berjanji akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawabnya selaku ADUN Malim Nawar selepas ini dan memberi jaminan akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di kawasannya.


Ditanya mengenai reaksi penyokongnya di Malim Nawar, Keshvinder berkata, beliau akan 'turun padang' bagi menjelaskan perkara sebenar kepada mereka.


''Mungkin selepas ini saya akan bertemu dengan mereka untuk menjelaskan segala-galanya,'' ujarnya.
Keshvinder ialah ADUN DAP kedua di Perak yang bertindak keluar parti selepas ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong berbuat demikian awal tahun lalu hingga menumbangkan kerajaan pakatan pembangkang.


Pada pilihan raya umum lalu, beliau mengalahkan calon BN, Dr. Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.
Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sekarang ialah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh BN manakala wakil Bebas pula bertambah kepada empat orang.


[ Ini lah diantara bukti yang telah Allah tunjukan kpd kita sejauh mana kebenaran janji-janji manis Anwar Ibrahim.Hanya pandai berjanji, tetapi hakikatnya apa lah yang ada pada janji-janji yang telah ditaburkan. Semuanya hanya sekadar omong kosong. Lepas ni siapa pulak yang akan meninggalkan Pakatan rakyat.Dijangkakan smakin ramai. Maka benarlah kajian yang dibuat oleh PM baru ini , semakin ramai ahli Pakatan rakyat akan meninggalkan Pembangkang. ]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails