Kehadiran MB Selangor tidak dialu-alukan di Kampung Baru Kuala Lumpur. Sebentar tadi kononya MB Selangor ingin mengadakan pertemuan bersama PERKASA Lembah Pantai di Kampung Baru didalam misinya yang lain kononya untuk menunjukan minat didalam Plan Pembangunan Kampung Baru. Namun jelas dan nyata kehadiranya hanya melahirkan rasa menyampah dikalangan penduduk Kampung Baru.
Dalam pertemuan diantara Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin bersama penduduk Kampung Baru petang tadi telah cukup memuaskan hati penduduk Kampung Baru yang semakin hari semkain tidak sabar untuk menyaksikan Plan Pembangunan Kampung Baru yang bakal di nikmati oleh penduduk Kampung Baru tidak lama lagi.
Jelas dan nyata bahawa Penduduk Kampung Baru telah menyambut baik dan mendengar penjelas yang lebih terperinci oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar mengenai plan tersebut dan berjanji bahawa PEMILIK dan PEWARIS didalam Plan pembangunan tersebut adalah 100 peratus menjadi hak milik MELAYU.
Daialm pertemuan tersebut juga Datuk Raja juga ada menyatakan bahawa , kini PKR tidak lagi mendapat sokongan MELAYU dan hanya berpura-pura untuk menunjukan minat mereka didalam plan yang direka cipta palsu iaitu Alternatif Pembaangunan yang kononya Khalid Ibrahim akan bawakan kepada kerajaan Pusat untuk diusulkan.Kononya pembangkang lah yang akan menjadi wira didalam Plan Pembangunan Kampung baru...
[ Apakan daya kini rakyat (Orang Melayu telah mula membuka mata dan hati mereka untuk memberikan semula kepercayaan mereka kepada kerajaan yang sedia memerintah ketika ini. Jelas dan nyata rakyat semakin menyokong Perdana Menteri Malaysia yang telah mengagaskan gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Ini juga terlah terbukti didalam Plan Pembangunan Kampung Baru yang mana RAKYAT didahulukan. Cuba bayangkan kalau Pembangkang yang membawa angin perubahan di Kampung baru, tak mustahil Kampung Baru akan menjadi seperti Pulau Pinang Kampung Buah Pala.Apa yaang MELAYU rasa di Kampung Buah Pala ....tak ada apa pun...malah keadaan Orang MELAYU ditindas dan menjadi tidak ubah seperti pengemis di Negeri Sendiri.Justeru itu renung-renungkan dan fikir-fikirkan]
No comments:
Post a Comment