Pages

Friday, June 18, 2010

Pilihanraya Kehendak Rakyat

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpendapat, keperluan untuk mengadakan pilihan raya bersandarkan kepada kehendak rakyat yang mengundi.

“Sekiranya apa yang Barisan Nasional (BN)) janjikan itu dapat ditunaikan dan rakyat dapat merasainya, esok pun boleh buat pilihan raya.

“Kehendak rakyat dan keperluan golongan itu merupakan cerminan keadaan sebenar mereka yang dipimpin dan perlu diambil kira oleh wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat sempena lawatan ke Iskandar Malaysia yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum berdasarkan pendapat bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap kepimpinannya semakin meningkat ketika ini.

Beliau berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak berhak untuk membuat keputusan sama ada perlu atau tidak pilihan raya diadakan awal.

Semalam Perdana Menteri berkata, tarikh pilihan raya akan datana akan ‘mengejutkan semua pihak’. (SUMBER)

( Pelbagai aspek perlu juga diambil kira sekiranya ingin mengadakan pilihanraya awal. Memang benar rakyat berhak untuk memohon pilihanraya awal tetapi dari segi persiapan lain juga perlu diambil kira. Memang la benar 72% rakyat Malaysia telah mnyokong Gagasan yang ditebarkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib tetapi jumlah tersebut belum tentu akan menjanjikan kemenangan kerusi 2/3 di parlimen. kak jem berharap sangat agar Perdana Menteri mengambil kira pelbagai aspek dan kajian yang mendalam perlu dijalan kan secara berterusan sehingga ke tahap akar umbi itu yang lebih penting. Dalam hal ini Kaka jem Percaya bahawa Jabatan Penerangan Malaysia mempu untuk mengendong dan memikul tugas tersebut. So far pilihanraya 2008 lepas pun alhamdulillah Jabatan Penerangan berjaya menjalankan tugas mereka dengan jayanya. Walau apa pun jangan terlalu cepat buat keputusan untuk terus bertanding selagi rakyat masih belum menetapkan siapa yang akan mereka pilih sekiranya gelangang dibuka )

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails