Pages

Thursday, January 21, 2010

RAKYAT MULA MUAK : Sokongan Melayu Kepada Pembangkang Di Perak Merosot



Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di rumahnya di sini sempena setahun kerajaan negeri pimpinan DAP, PAS dan PKR tumbang setelah dua Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR dan seorang daripada DAP keluar parti masing-masing untuk memberi sokongan kepada BN sehingga membolehkan BN berkuasa kerana mempunyai majoriti dalam dewan.

{ Sebuah lagi senario yang berlaku di Perak yang mana rakyat telah mula melahirkan rasa muak terhadap PakatanRakyat. Pelbagai janji ditaburkan namun tiada satupun yang dikotakan. Ini memberi makna bahawa rakyat Perak juga telah hilang percaya terhadap pimpinan PakatanRakyat Negeri Perak. Yang hanya pandai menaburjanji manis tapi satu pun tak jalan. Berdoa la lagi depan Pejabat DAP tu...minta la bala-bala daripada Allah S.W.T.......}

4 comments:

Anonymous said...

bukan senang nk memerintah negeri..dlm rumahtangga pun byk rintangan..ckp semua org bleh..janji tu janji ni....sepatutnyanya kita bersyukur dgan kerajaan yg memerintah..apa yg patut kita bt adalah membangkang utuk kebaikan..kalau kita tak pandai bersyukur,nescya apa yg berlaku di padang n haiti baru2 ni akan berlaku berlaku pada negara kita;allah cukup murka pada orang yg tidak pandai bersyukur kpdnya..

jamaliah said...

terima kasih diatas komen anda......

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...

Harap UMNO tak mudah leka dgn statement yg mungkin memancing dan perangkap tu.

Ada kebenaran juga, org melayu Perak dan muak dgn nijar, ada ahli keluarga sendiri pun malu. Dari berjubah dan berserban, la ni ntah kemana hilangnya itu semua. Takut pulak si ngeh marah kata outdated kut.

YANG GAMBI said...

Salam Jamaliah,

Pepatah Melayu ada mengatakan, 'kalau sekali jalan terpijak duri, dua kali jalan kita akan tahu'......... Melayu bukan mudah terkena tipu, tetapi tidak akan mengulangi kesilapan kedua..... sebab itulah Melayu di Perak sudah cukup masak dengan karenah hamPAS.........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails