Pages

Friday, January 8, 2010

Musykil !!!

Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang, Tham Weng Fatt, 54, meletakkan jawatan dan keluar daripada parti serta menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM), berkuat kuasa serta-merta.

Tham yang menyertai DAP lebih 22 tahun, berkata surat peletakan jawatan dan keluar parti itu akan diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, dalam tempoh tiga hari.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas beliau tak sehaluan dengan kepemimpinan parti yang tidak menjaga kepentingan rakyat sejak memerintah negeri ini pada Mac 2008.

"Keputusan ini muktamad dan dilakukan oleh saya sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa. Walaupun berat, tindakan tetap diteruskan kerana saya tidak lagi sehaluan dengan DAP," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas memaklumkan hasratnya menyertai PCM kepada Naib Presiden parti itu, Huan Cheng Guan di sini, semalam.

Tham berkata, tindakan itu dilakukan selepas dua bulan menimbangkannya, selain mendapat sokongan orang ramai yang tetap mahukannya menyumbang kepada masyarakat. ( Baca )

Akak agak musykil kenapa Tham meletakan jawatanya didalam DAP.....mungkin kah pelbagai pendedahan yang akan dibuat oleh beliau bagi membantu kerajaan menakluki semula Negeri Pulau Pinang pada pilihanraya akan datang??? akak pun perasan jugak...sejak DAP mengambil tampuk pemerintahan Negeri tersebut , akak dapat melihat rakyat semakin terhimpit dan dipinggirkan. Contohnya kes yang terbaru mereka mengenakkan caj keatas parking kenderaan di Nibol tebal...baru semalam keluar dalam kosmo.....lepas tu tiada lagi subsidi air diberikan kepada rakyat Pulau Pinang...kan ke pelik.....seharusnya kerajaan Negeri mengutamakan rakyat dan bekerja untuk rakyat tempatan......bukan membebankan lagi rakyat.....berfikir secara lojik la......kenapa Tham keluar dari parti yang dia dah ikut selama 22 tahun....mesti ada something wrong.....terhadap kepimpinan tertinggi DAP Pulau Pinang....yang tidak mengambil berat lagi permasalahan yang rakyat hadapi...termasuk la mengenepikan apa kemahuan rakyat...ini kan pula untuk memenuhi kehendak rakyat....perkara inijelas didalam DAP Pulau Pinang itu sendiri melibatkan kroni-kroni mereka sahaja....begitu juga yang terjadi di Negeri Kedah.......dan Perak...di Perak sendiri pun sewaktu pembangkang memerintah Negeri Perak...pun terdapat penyelewengan Balak......ini kah dia perjuangan Pakatanrakyat yang sebenar.....wah duku bukan main lagi....mengata UMNO (BN) makan duit rakyat....bazirkan duit rakyat......tapi sekarang ni...siapa yang makan duit siapa......





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails