Pages

Tuesday, January 19, 2010

Baru Setahun Jagung, Makkal Sakti Sudah Dilanda Kemelut

Perebutan kepimpinan dalam Makkal Sakti, yang berlanjutan tanpa ada tanda-tanda penyelesaian boleh mengheret parti politik yang baru berusia tiga bulan berhadapan dengan tindakan undang-undang, sekaligus menjadikannya tidak relevan bagi kaum India.

Pemerhati-pemerhati politik menjangkakan jika parti itu tidak segera mencari jalan penyelesaian di antara kedua-dua kumpulan yang bertelagah, parti itu tidak "akan berupaya berkembang" dan berkubur dalam masa singkat kerana gagal mendapat sokongan kaum India negara ini.

Datuk Dr Denison Jayasooria berkata perebutan dalam Makkal Sakti, yang bermula dengan gah dan pernah suatu ketika menjadi perhatian kaum India di Malaysia, membidas Makkal Sakti.

"Dengan kewujudan banyaknya parti-parti politik bagi kaum India, Makkal Sakti turut menjadi mangsa kepada keadaan serupa seperti yang dihadapi parti-parti lain. Mereka meletakkan konflik peribadi dan pertelingkahan dalaman sebagai keutamaan dan bukannya permasalahan yang dialami masyarakat," katanya.

Berasaskan kepada perkembangan semasa Makkal Sakti, Denison, yang juga penganalisis sosio-ekonomi dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), meramalkan bahawa parti itu berhadapan dengan kesukaran untuk pulih dalam masa singkat kecuali para pemimpinnya "duduk berbincang atau mencari orang tengah untuk menyelesaikan kemelut" yang dihadapi.

[haha....baru sajaha ditubuhkan siap bernaung lagi dibawah parti sosialis rakyat kononya dan kini telah menimbulkan pelbagai kontroversi haha...kelakor jugak korang ni erk......baru setahun JAGUNG dan berentap siapa nak jadi pemimpin korang pun dah huru-hara.......ini kan pula nak piihh siapa akan memerintah Negara sekiranya Pakatanrakyat menang satu hari nanti......hermmm....dah la wei kembali la ke pangkal jalan...Meh sokong kembali UMNO jadi lah seorang rakyat yang mengenang budi.....jangan asyik nak memberontak jer......]

1 comment:

ikan emas said...

awal-awal lagi dah hilang saktinya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails