Pages

Wednesday, November 4, 2009

STORY MORY AKAK JAM.......

Hari ini akak nak story pasal banyak hal........selama ni akak diamkan jer.....akak tengok jer kelibat sang PEMBANGKANG yang semakin goyang dengan isu dalam Parti Pakatan Rakyat ni....jap erk...........

Ha.....satu hal....kisah PKR di SABAH......mari kita melihat kronologi dibawah tu......pelbagai isu yang timbul didalam PKR....Adakah Anwar Ibrahim tidak menyedari apa yang terjadi kemelut politik dalaman PKR....atau pun hanya buat2 tak tahu........

Kronologi krisis kepimpinan PKR pada bulan ini.

16 Oktober – Zaid Ibrahim ambil cuti politik enam bulan selepas Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menyertai program parti itu di Sabah atas jemputan Naib Presiden PKR Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.

18 Oktober – Dalam pertemuan secara eksklusif dengan mStar Online Azmin Ali nafi beliau mempunyai masalah dengan Zaid dan menjadi punca mengapa Anwar halang Zaid ke Sabah.

18 Oktober – Zaid langar arahan Anwar dan tetap menjejakkan kaki ke Sabah. Bertemu dengan Jeffrey Kitingan dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah yang lain.

27 Oktober – Dr Jeffrey umum letak jawatan sebagai naib presiden dan semua jawatan politik termasuk anggota Biro Politik PKR.

28 Oktober – Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR.

28 Oktober – Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menafikan beliau meletak jawatan selepas khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau telah melepaskan jawatannya itu ekoran krisis kepimpinan yang berlanjutan dalam parti tersebut.

29 Oktober – Menteri Besar Selangor arah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan sebagai ADUN.


Jika melihat kepada senario kemelut dalaman PKR ni , akak tidak merasakan bahawa PKR semakin teguh berdiri diatas DAP dan PAS dibawah satu naungan yang digelar PakatanRakyat (PR). Permasalahan dalaman PAS juga semakin menjadi-jadi setelah timbulnya isu EGM. Akak melihat daripelbagai aspek, pelbagai penilaian yang dibuat oleh pelbagai pihak mengenai kemelut dalaman PakatanRakyat. Ini sudah cukup membuktikan bahawa PR tidak lagi teguh berdiri dibawah satu payung PakatanRakyat. Keteguhan mereka menjadi semakin goyah apabila ADUN Pelabuhan Klang Y.B Badrul Hisaham keluar daripada PKR. Jika kita pergi dengan lebih mendalam berkenaan ADUN keluar Parti ni , akak melihat ketidakseimbangan MB Selangor didalam memerintah PakatanRakyat Selangor adalah goyah dan tidak teguh. Ini kerana pengakuan yang dibuat oleh ADUN itu sendiri bahawa beliau seolah dianaktirikan oleh pucuk pimpinan PR Negeri Selangor , antaranya adalah mengenai pengagihan peruntukan tahunan kepada setiap DUN. Ini juga jelas menunjukan bahawa MB Selangor yang pilih BULU...... Hari ini kenyataan yang dibuat oleh DSAI didalam Akhbar Sinar (PKR) eh silap pulak....DSAI menyatakan bahawa "akan memperketat proses pemilihan calon wakil rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang supaya mereka yang tidak konsisten dengan parti tidak dipilih. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan terdapat segelintir wakil rakyat PKR tidak berkhidmat kepada rakyat dengan baik. Menurutnya, dalam pilihan raya akan datang, katanya, parti perlu memperhalus proses pemilihan calon yang akan bertanding di atas tiket PKR dan calon tersebut mestilah mempunyai rekod yang baik dan berkelayakan " pada pendapat akak la.....sama je....tidak hairan la kalau DSAI sendiri tidak dapat menafikan bahawa ada segelintir wakil rakyat PKR tidak berkhidmat kepada rakyat dengan baik. Contohnya anak DSAI sendiri Nurul Izzah Anwar dilembah pantai. Akak yakin PRU-13 akan datang PKR akan lumpur di Lembah Pantai. Kita tunggu dah lihat.

3 comments:

Media Cyber said...

memperhalus?? guna bomoh ke lepas ni? kahkahkahkah!

ikan emas said...

alaa macam kes Kak Jem jg kan,
cekup je abe tu tanpa tau asal usul..las -las haa laa ni kan asik kena tinggai aje. Abe dok sebok ntah apa-apa ,cari lain, Padan muka!

jamaliah said...

Eh sorry main cekop2........sekarang ni laki akak dah ok...(Bukan Bagi Nasi Kangkang Tau...)...tak main la bomoh2 ni......DSAI mungkin la...kot...ooopppsss...berdosa nanti...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails